Pada zaman sekarang ramai berniaga produk produk memutihkan kulit kerana tidak dinafikan, wanita Malaysia gemarkan kulit yang putih merona.
Penjual-penjual produk seperti ini memang banyak mempromosi barangan penjagaan kulit dan suplemen pemutih kulit di Instagram para selebriti. Ramai yang yang buat tidak tahu saja, namun begitu pelakon Nabila Huda melalui komen Instagramnya telah membalas komen seorang penjual suplemen memutihkan kulit yang mempromosi produk.
Demi kulit putih yang diimpikan memang ramai menggunakan produk memutihkan kulit dan ramai juga merana kulit mereka rosak kerana menggunakan produk yang telah dicampur racun berjadual seperti merkuri, hydroquinone dan tretinoin.
Apatah lagi kesan jangka panjang produk-produk ini tidak diketahui, kerana terdapat juga kes-kes kerosakan buah pinggang dan hati di Malaysia akibat menggunakan suplemen yang diragui kandungannya.
Betul kata Nabila Huda, kita dilahirkan dengan kulit Nusantara, jadi cintailah warna kulit kita. Kalau tak putih pun, bukan tak cantik, kan? – beautifulnara.com
Sumber: Twitter @mikasa_mika