“Takkan Nak Biar Bidadari Cantik Sedih” – Pemuda Kacak Tawar Diri Jadi Suami Baru Puteri Sarah, Netizen Sokong

Kehidupan

“Takkan Nak Biar Bidadari Cantik Sedih” – Pemuda Kacak Tawar Diri Jadi Suami Baru Puteri Sarah, Netizen Sokong

Seorang jejaka di platform TikTok baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai setelah menawar diri untuk menjadi suami baru kepada pelakon, Puteri Sarah.

Ia selepas pelakon berkenaan memaklumkan mahu bercerai dengan suami, Syamsul Yusof kerana tidak sanggup bermadu dengan Ira Kazar.

Advertisement

Melalui perkongsiaan video pendek yang di buat oleh lelaki itu atau di kenali sebagai Arif Izo, dia ada memuat naik satu keping gambar Syamsul dengan berkata ‘Salam Sol‘.

Lalu meletakkan beberapa gambarnya yang penuh bergaya sebelum meletakkan foto Sarah pada penghujung video tersebut.

Kenalkan bakal suami Puteri Sarah, aku akan pastikan dia bahagia.

Biarpun membuat video berkenaan sebagai gurauan dan konten di media sosial, rata-rata netizen menyokong pemuda itu dan menyifatkan dia serta ibu kepada dua orang cahaya mata tersebut pasangan yang serasi.

komen netizen

komen netizen

Dalam pada masa yang sama, ada juga beberapa individu wanita yang sempat memuji ketampanan lelaki tersebut serta membandingkan dengan Syamsul Yusof.

Sehingga artikel ini di tulis, video terbabit telah meraih lebih 2 juta tontonan daripada pengguna TikTok dan 200 ribu tanda suka yang diterima.

Datuk Yusof Haslam
1 year ago

"Saya Suruh Dia Pertimbangkan Semula" - Yusof Haslam Pujuk Puteri Sarah Jangan Bercerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...