“Takkan Kanak-Kanak Pun Nak Kira” – Resit Asal Tak Sama, Ekin Bidas ‘Statement’ Pemilik Kedai ‘Seafood’

Hiburan

“Takkan Kanak-Kanak Pun Nak Kira” – Resit Asal Tak Sama, Ekin Bidas ‘Statement’ Pemilik Kedai ‘Seafood’

Susulan pendedahan seorang pemilik restoran seafood yang didakwa mengenakan caj mahal, selebriti Ekin tampil membidas semula kenyataan wanita itu.

Kata Ekin, mereka sekeluarga yang hadir ke restoran itu untuk makan bersama tidak sampai 20 orang seperti yang didakwa oleh pemilik restoran tersebut.

Advertisement

Semuanya 16 orang termasuk seorang bayi dan empat kanak-kanak. Takkan itu pun mereka nak ikut kepala.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi)

Bahkan, selebriti itu turut berkata resit yang dipaparkan dalam video pendedahan pemilik restoran itu tidak sama seperti resit asal yang diberikan kepadanya untuk dibayar.

Ketika saya makan di sana dan tanya harga pun dia tak cakap. Katanya order sahaja dan kemudian baru kira.

Dalam pada itu, Ekin memberitahu dirinya memadam posting tidak berpuas hati dengan harga ‘cekik darah’ itu kerana selepas itu ramai yang meninggalkan komen serta DM berkongsikan pengalaman yang sama.

Difahamkan, dalam video pendedahan pemilik restoran itu, dia telah memperincikan setiap caj yang dikenakan untuk Mawi sekeluarga dan dalam perincian itu, Mawi sekeluarga dikatakan membuat pesanan seperti pari bakar, siakap tiga rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam dan siput gongong.

kedai seafood
7 months ago

"Dalam Video Awak Cakap Ikan Makan 2 Ekor, Sebenarnya Total 6 Hidang" - Pemilik Kedai 'Seafood' Tampil Jelaskan Dakwaan Ekin Mawi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...