Susulan pendedahan seorang pemilik restoran seafood yang didakwa mengenakan caj mahal, selebriti Ekin tampil membidas semula kenyataan wanita itu.
Kata Ekin, mereka sekeluarga yang hadir ke restoran itu untuk makan bersama tidak sampai 20 orang seperti yang didakwa oleh pemilik restoran tersebut.
Semuanya 16 orang termasuk seorang bayi dan empat kanak-kanak. Takkan itu pun mereka nak ikut kepala.
View this post on Instagram
Bahkan, selebriti itu turut berkata resit yang dipaparkan dalam video pendedahan pemilik restoran itu tidak sama seperti resit asal yang diberikan kepadanya untuk dibayar.
Ketika saya makan di sana dan tanya harga pun dia tak cakap. Katanya order sahaja dan kemudian baru kira.
Dalam pada itu, Ekin memberitahu dirinya memadam posting tidak berpuas hati dengan harga ‘cekik darah’ itu kerana selepas itu ramai yang meninggalkan komen serta DM berkongsikan pengalaman yang sama.
Difahamkan, dalam video pendedahan pemilik restoran itu, dia telah memperincikan setiap caj yang dikenakan untuk Mawi sekeluarga dan dalam perincian itu, Mawi sekeluarga dikatakan membuat pesanan seperti pari bakar, siakap tiga rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam dan siput gongong.