Pelakon Rita Rudaini sebelum ini bertegas untuk mengambil tindakan terhadap individu yang meninggalkan komen berunsur fitnah ke atas dirinya dan anak-anak. Semalam, kedua-dua lelaki yang meninggalkan komen melampau itu telah bersemuka dengan Rita di Balai Polis Mutiara Damansara untuk tampil memohon maaf secara terbuka.
Apa yang berlaku merupakan satu perkara yang serius dan Rita meluahkan rasa terkilan terhadap bekas suaminya, Aidil Zafuan yang langsung tidak mengambil tahu mengenai isu fitnah berkenaan dan sebaliknya hanya Rita sahaja yang berusaha mendapatkan keadilan serta mempertahankan maruah anak-anak mereka.
Saya tidak tahu. Ada ke? Saya tidak dapat apa-apa respon daripada bekas suami untuk melindungi anak-anaknya.
Sampai sekarang ini tidak ada langsung khabar berita daripadanya. Saya sebagai ibu yang mengetengahkan isu ini dan bertanggungjawab demi menyelamatkan maruah anak-anak. Benda ini dah viral takkan dia tidak tahu. Duduk dalam gua ke?
Terdahulu, Rita telah membuat laporan polis terhadap individu biadab yang meninggalkan komen berunsur fitnah, mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya. Rita terpaksa mengambil tindakan kerana komen yang ditulis oleh individu berkenaan bersifat keterlaluan serta menjatuhkan maruahnya sebagai ibu dan wanita yang pernah mendirikan rumah tangga serta enggan mana-mana pihak dengan sesuka hati menghina anak-anaknya.
Secara amnya, perceraian hanya memisahkan pasangan suami isteri sahaja tetapi bukannya memisahkan anak-anak dengan ibu bapa mereka. Walaupun sudah bercerai, tanggungjawab terhadap anak-anak harus dilaksanakan dan berikanlah kasih sayang terhadap mereka.
Ani
November 7, 2019 at 2:09 pm
xpea Rita dan anak2 , dh besar nanti , bdk2 tu dh berjaya , mesti bapak dia xlh nak sepak bola lagi, taulah dia nanti masa tu akan cari anak2 dia sbb anak2 Rita dh glomour …bumi ni bulat
Anonymous
November 4, 2019 at 1:04 pm
Yg komen pasal status anak org mmg tkde keje ke?
Anonymous
November 3, 2019 at 12:51 am
Ingat bapa nak ingat ke anak ngan bekas bini, hmm tidak lahh, pengalaman sendiri, acik bela anak2 sendiri ok ayah dia tak der khabar berita lagi2 bila dah dapat anak kat keluarga baru… bila anak dah besar n dah kerja, cari la plak minta ini itu.. malu tak…
Anonymous
November 1, 2019 at 6:03 pm
Kalau rita kuat berleter takkan hal anak2 dia tak ambik tau