Takkan Dia Tak Tahu, Duduk Dalam Gua Ke? – Rita Rudaini Templak Bekas Suami Tidak Ambil Tahu Isu Anak Difitnah

Hiburan

Takkan Dia Tak Tahu, Duduk Dalam Gua Ke? – Rita Rudaini Templak Bekas Suami Tidak Ambil Tahu Isu Anak Difitnah

Pelakon Rita Rudaini sebelum ini bertegas untuk mengambil tindakan terhadap individu yang meninggalkan komen berunsur fitnah ke atas dirinya dan anak-anak. Semalam, kedua-dua lelaki yang meninggalkan komen melampau itu telah bersemuka dengan Rita di Balai Polis Mutiara Damansara untuk tampil memohon maaf secara terbuka.

rita rudaini

Advertisement

Apa yang berlaku merupakan satu perkara yang serius dan Rita meluahkan rasa terkilan terhadap bekas suaminya, Aidil Zafuan yang langsung tidak mengambil tahu mengenai isu fitnah berkenaan dan sebaliknya hanya Rita sahaja yang berusaha mendapatkan keadilan serta mempertahankan maruah anak-anak mereka.

Saya tidak tahu. Ada ke? Saya tidak dapat apa-apa respon daripada bekas suami untuk melindungi anak-anaknya.

rita rudaini

Sampai sekarang ini tidak ada langsung khabar berita daripadanya. Saya sebagai ibu yang mengetengahkan isu ini dan bertanggungjawab demi menyelamatkan maruah anak-anak. Benda ini dah viral takkan dia tidak tahu. Duduk dalam gua ke?

Terdahulu, Rita telah membuat laporan polis terhadap individu biadab yang meninggalkan komen berunsur fitnah, mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya. Rita terpaksa mengambil tindakan kerana komen yang ditulis oleh individu berkenaan bersifat keterlaluan serta menjatuhkan maruahnya sebagai ibu dan wanita yang pernah mendirikan rumah tangga serta enggan mana-mana pihak dengan sesuka hati menghina anak-anaknya.

rita rudainiSecara amnya, perceraian hanya memisahkan pasangan suami isteri sahaja tetapi bukannya memisahkan anak-anak dengan ibu bapa mereka. Walaupun sudah bercerai, tanggungjawab terhadap anak-anak harus dilaksanakan dan berikanlah kasih sayang terhadap mereka.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...