Baru-baru ini, nama penyanyi dan pelakon dikenali ramai, Naim Daniel menjadi bualan ramai selepas terpalit dengan isu dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang gadis berumur 17 tahun.
Namun, dakwaan tersebut dinafikan oleh aktor tersebut ketika menghadirkan diri ke perbicaraan di mahkamah dua hari yang lalu.
Fans tampil ‘support’ Naim Daniel
Biarpun ramai yang kecewa dengan berita amang seksual ini, peminat-peminat Naim dilihat menyebelahi pelakon tersebut dengan mengatakan hal ini tidak akan berlaku jika bertepuk sebelah tangan saja.
Malah, ada yang sampai ditahap menuduh mangsa amang seksual itu cuba perangkap Naim dalam hal ini.
Sumpah dia kena game dengan awek tu, awek tu kena sumpah Quran demi kebenaran.
Reaksi netizen bercampur baur
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ada warganet yang menyelar peminat Naim tetapi dalam pada masa yang sama, ramai juga yang menganggap kes ini masih dalam perbicaraan dan tiada kata putus mengatakan Naim bersalah.