Syamsul Yusof mengejutkan ramai apabila dia hadir ditemani peguamnya ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.
Antara alasan diberi Syamsul adalah kerana Puteri Sarah didakwa masih berhubung dengan bekas teman lelakinya dan memfitnahnya tidak membayar nafkah.
Dalam pada itu, temu bual bersama para wartawan di depan mahkamah menarik perhatian ramai memandangkan Syamsul juga jarang mengeluarkan kenyataan sebelum ini.
Menerusi video dimuat naik oleh mStar, pengarah The Original Gangster itu telah ditanya jika dia ada niat atau mencuba untuk mendamaikan kedua-dua isterinya.
Namun, bapa kepada dua cahaya mata itu sempat berseloroh dan berkata,
Aku pun huru hara, aku pun kena baling periuk (nanti).”
@mstarmalaysia Cuba jernihkan hubungan Puteri Sarah dan Ira Kazar, Syamsul Yusof risau kena baling periuk #mStar #syamsulyusof #puterisarahliyana #irakazar
Kata Syamsul, dia menganggap apa yang sedang berlaku dalam rumah tangganya ketika ini adalah ujian daripada Tuhan dan mengakui sudah lama tidak membuka media sosial kerana sibuk bekerja.
Saya tahu dalam hidup saya, akan ada moment begini yang akan sampai. Selama ni Allah bagi saya rezeki, bagi saya kejayaan. Saya banyak kali bagitahu diri saya, takkan benda ni Allah bagi begitu je, mesti ada ujian.”