“Takkan 100 Pun Tak Ada Dalam…” – Staf Restoran Gedung Perabot Terkenal Sindir Pelanggan Dek ‘System Down’

Trending

“Takkan 100 Pun Tak Ada Dalam…” – Staf Restoran Gedung Perabot Terkenal Sindir Pelanggan Dek ‘System Down’

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia masih belum menunjukkan tanda akan berakhir dan kita disarankan untuk menjaga diri masing-masing bagi mengelakkan kadar kebolehjangkitan, antaranya membuat pembelian tanpa tunai atau cashless.

Kebanyakkan premis perniagaan telah pun mengaplikasi kaedah ini kerana ia dapat menjimatkan masa dan memudahkan urusan pembelian.

Advertisement

Namun tidak semua akan menjadi mudah sekiranya premis perniagaan mengalami masalah seperti ‘system down’ dan terpaksa beralih kepada kaunter pembayaran. Ia akan menyukarkan pembeli sekiranya mereka tiada cash untuk membayarnya.

Menerusi posting di Twitter, kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran di dalam gedung perabot, di mana dia mendakwa seorang pelanggan dimarahi staf restoran kerana dia tidak mempunyai cash untuk membuat pembayaran.

“Cik ****, mulut elok sikit ye! Masalah tak boleh guna card adalah masalah korang, bukan customer. Mintak maaf je la elok-elok ada masalah sikit. Tak payah marah customer takde cash! Boleh pulak sindir customer takkan 100 pun tak ada dalam wallet”.

staf restoran gedung perabut sindir pelanggan

Dia yang ingin dikenali sebagai Muhammad Amir, berkongsi cerita dengan mStar, berkata kejadian itu berlaku kepada pelanggan yang beratur dihadapannya.

“Saya bersama seorang rakan mengidam nak makan di restoran itu. Inilah kali pertama nak pergi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika itu waktu tengah hari”. Kami pun dah ambil makanan dan beratur untuk membuat pembayaran di kaunter. Tiba-tiba salah seorang staf meletakkan papan tanda kecil menyatakan transaksi tunai sahaja”.

“Menggelabah pelanggan di depan saya yang memang masa tu ‘system down’ elok-elok je bila sampai giliran dia. Nampak la dia buka dompet tercari-cari wang. Kemudian staf tu boleh pula sindir ‘takkan la 100 pun tak ada dalam wallet'”.

“Kemudian dia minta pelanggan tu keluarkan duit dahulu di ATM. Saya pun masa tu ada sekitar RM30 saja dalam dompet. Mujur kawan ada wang tunai untuk bayar makanan kami berdua”.

Muhammad Amir menyatakan tindakan staf tersebut tidak wajar kerana dia seolah-olah menyalahkan pelanggan.

“Saya tak pertikaikan dia tegur tapi nada dia dia tu memang tak wajar… perlu ke nak guna ayat macam mengherdik. Bukan salah pelanggan dalam situasi ini sebab sistem yang tiba-tiba down“.

Tambahnya, sejak musim Covid-19, ramai yang lebih suka guna kaedah cashless untuk mengelakkan penularan dan situasi sebegini tidak wajar berlaku kerana ia merupakan premis yang terkenal.

“Memang tak boleh jangka sistem tu boleh down tiba-tiba tapi sepatutnya premis yang terkenal patut menyediakan beberapa pilihan untuk melakukan transaksi”.

Perkongsiannya di Twitter hanya untuk mengingatkan orang ramai untuk menjaga adab terutamanya bila berdepan dengan pelanggan.

“Lagi-lagi pula kalau mewakili sesebuah brand atau syarikat.. tak pasal-pasal terkait pula nama syarikat”.

SUMBER

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...