August 17th, 2009

takdircinta

Tak sampai sebulan bercerai dengan Maiza, Akhil Hayy dah pun bernikah dengan Waheeda semalam. Memang pantas betul tindak tanduk Akhil nie. Mungkin memikirkan bulan puasa yang bakal tiba nie. Iyerlah kalau time puasa baru nak kawin mesti susah. Maklumlah si Waheeda tue masih darah muda lagi.

Geli hati kami dengar yang Akhill cakap perkahwinan dia dengan Waheeda adalah jodoh dan takdir daripada-Nya. Memang kami tak nafikan kata-kata Akhil tue betul. Tapi banyak sangat oarng yang terluka dalam nak sampai ke jodoh diorang berdua nie. Caranya pun di mata kami tak la berapa molek sangat. Patutnya boleh dibuat dengan cara yang lebih elok dan tak menyakitkan hati ramai orang.

Buat Waheeda, selamat bergelar isteri. Kalau baca kat satu forum gosip tue memang ramai yang mengutuk, memaki hamun kedua-dua pengantin nie. Malah ada yang doakan diorang dua nie tak dapat anak. Kami tak lah sampai ke tahap begitu. Cuma doakan kalau jodoh ini yang terbaik buat diorang, harap-harap berbahagialah hingga ke akhir hayat.

Written by AbangNara
 
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...