“Takde Sedap Atau Tak Sedap..” – Siti Nurhaliza Balas Komen Netizen Kata Lagu Dah Tak Relevan

Hiburan

“Takde Sedap Atau Tak Sedap..” – Siti Nurhaliza Balas Komen Netizen Kata Lagu Dah Tak Relevan

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil membalas komen netizen yang menyatakan bahawa lagu-lagu yang dilantunkan penyanyi itu sudah tak relevan dan kurang enak didengari, tidak seperti lagu-lagunya yang dahulu.

Terdahulu, Siti telah dijemput untuk membuat persembahan pada malam pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-35 pada hujung minggu lalu.

Advertisement

Pada malam itu, Siti telah menyampaikan lagu berjudul Romansa Kita secara eksklusif, difahamkan ia merupakan salah satu lagu dalam album terbaharunya; SITISM.

Namun begitu, ada sesetengah netizen merasakan lagu baru Siti sudah tidak mantap jika dibandingkan dengan lagu-lagu hits seperti Cindai, Aku Cinta Padamu dan lain-lain.

komen sitiSumber : Murai  

Tak sedap lagu Dato malam tadi. Suka lagu dato yang dulu dulu lagi. Bukan tak mengikut peredaran semasa, tapi entah la. Baik dato stay je la dengan persembahan dan lagu-lagu dato dulu.

Maklum dengan komen individu tersebut, ibu kepada dua cahaya mata ini tampil memberi respon di mana dia tegas menyatakan bahawa karya kreatif seperti penghasilan lagu itu adalah sesuatu yang subjektif untuk dibincangkan.

Karya kreatif itu subjektif. Tak ada sedap atau tak sedap. Pengkarya menghasilkan muzik mereka, hargai komposer yang menghasilkan lagu-lagu meski zaman berganti zaman.

Malah, semalam kecoh seketika di media sosial apabila pengurus peribadi Siti, Rozi membuat kenyataan balas apabila ada sesetengah netizen mula mempersoalkan vokal penyanyi itu didakwa sudah tidak sedap didengar berbanding dulu.

@m.s.zone

Beri Siti masa. dia pun manusia biasa, ada fasa perubahan. 27 tahun non stop menghiburkan; bila keadaan dia tak mengizinkan, korang kutuk dia ramai2.. itu ke namanya peminat? hidup ni mudah je kalau buat mudah. rasa suara dia dah tak sedap di telinga, stop dengar. rasa tak nak minat, itu pilihan sendiri. #sitinurhaliza #fyp? #sitism

? original sound – ?? – ??

Tidak mendedahkan secara terperinci tentang masalah sebenar yang dihadapi majikannya itu, Rozi meminta agar peminat memahami keadaan Siti yang juga manusia biasa dan memerlukan masa untuk berehat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

siti nurhaliza
9 months ago

"Rasa Tak Nak Minat Stop Dengar" - Suara Siti Nurhaliza Dikutuk Tak Sedap, Pengurus Bersuara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...