Melalui platform Threads, baru-baru ini, nama pelakon kacak yang dikenali ramai iaitu Fattah Amin menjadi bualan warganet susulan sikapnya yang tenang.
‘Lelaki yang paling aku salute ialah Fattah Amin..’
Menurut individu yang memuat naik hantaran mengenai aktor tersebut, Fattah Amin merupakan antara lelaki yang paling dipandang tinggi olehnya kerana tidak pernah memburukkan bekas isteri, Fazura di platform media sosial.
Takde satu post dia dekat media social memburukkan ex wife dia. Perli, sarcastic pasal ex wife dia, tak ada. Aku tak jumpa satu pun!
Susulan itu, individu berkenaan berkata kerana sikapnya yang baik, rezeki selepas bercerai tidak pernah putus-putus diberikan kepada pelakon berkenaan.
Netizen sokong, lelaki lain patut contohi Fattah
Sebab dia sedar diri masa dulu dia pernah hidup sayang dan bahagia dengan Fazura. Banyak kebaikan dari nak cerita keburukkan. Respect.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen setuju dengan pandangan individu berkenaan dan merasakan sikap yang dipaparkan oleh Fattah itu patut dicontohi lelaki-lelaki lain yang sudah pun bercerai.
Sekadar info, Fattah Amin dan Fazura sah bercerai talak satu pada Oktober tahun lalu atas sebab sudah tidak persefahaman lagi dan perceraian difailkan oleh Fazura.