“Takde Salah Pun’..” – Rai Kejayaan Di ‘Night Club’, Kantoi Pemain Muslim Harimau Malaya ‘Join’ Sekali?

Berita

“Takde Salah Pun’..” – Rai Kejayaan Di ‘Night Club’, Kantoi Pemain Muslim Harimau Malaya ‘Join’ Sekali?

Semalam, kecoh di platform Twitter berkaitan dengan satu video yang memaparkan beberapa pemain skuad Harimau Malaya sedang meraikan kejayaan di sebuah pusat kelab malam.

Di dalam video pendek yang dimuat naik semula di laman Twitter Berita Harian, kelihatan pemain Junior Eldstal, La’Vere Corbin-Ong, Dominic Tan dan Darren Lok sedang bergembira bersama-sama di dalam kelab malam terbabit.

Advertisement

Namun, hal yang membuatkan video tersebut mendapat perhatian apabila netizen mendakwa salah seorang pemain Islam juga menyertai ‘celebration’ tersebut sambil rokok berada di tangannya.

Menurut Junior seperti yang dilaporkan oleh HarimauMalaya, dia menyedari video terbabit memperlihatkan imej yang tidak baik dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu yang berlaku.

Apabila berjauhan dengan keluarga dan rakan selama sebulan, ia satu momen yang cukup bahagia untuk kami keluar dan meraikannya.

Sekadar info, baru-baru ini Harimau Malaya berjaya menamatkan penantian 42 tahun untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia secara merit selepas menewaskan negara Bangladesh sebanyak 4-1 di perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Peja perli netizen?
2 years ago

"Nasihat Yang Amat Baik!" - Peminat Bola Buat Bena 'Jangan Sap Gam', Peja Perli Balik Di Twitter?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...