“Takde Pun, Mana?” – Nama Tiada Dalam Sistem, Ifa Raziah Dituduh Tipu Dapat Gelaran Datuk?

Hiburan

“Takde Pun, Mana?” – Nama Tiada Dalam Sistem, Ifa Raziah Dituduh Tipu Dapat Gelaran Datuk?

Sebelum ini mendakwa dirinya telah menerima gelaran Datuk, penyanyi Ifa Raziah sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila namanya tidak tersenarai dalam laman web yang menunjukkan individu-individu yang telah menerima darjah kebesaran tersebut.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @putihshushu, pengguna ini membongkarkan tiada sebarang butiran rekod menunjukkan nama penyanyi dangdut itu mendapat gelaran berkenaan.

Advertisement

Takde pun, mana? Takkan istiadat tak update kot Saripah Raziah.

@putihshushu

Membalas kepada @Fidq Jamal Puan Saripah Raziah tiada gelaran Datuk dari Negeri Perak berdasarkan data di istiadat.gov.my @MissDivaifaraziah tapi dia baik, tak guna pun gelaran. Tapi takde pun data dalam sistem. mcmana ni?

? bunyi asal – Putihshushu – Putihshushu

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa pelantun lagu Terus Terang itu membeli gelaran Datuk yang menyebabkan namanya tidak diletakkan di dalam sistem.

“Dato pakai beli..Mana nak ada istiadat,” ujar warganet.

“Semuanya dato beli…Settlekan apa susah,” kata seorang lagi netizen.

Walau bagaimanapun ada juga yang berfikiran positif dengan berpendapat laman web itu masih lagi tidak dikemaskini oleh si pemaju.

Sekadar info, Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha pernah mengaku bahawa telah menerima gelaran Datuk pada tahun 2016, namun tidak mahu menggunakannya atas sebab tidak memberikan sebarang kelebihan kepada kerjaya dalam bidang seni mahupun perniagaan.

8 years ago

Ifa Raziah Sahkan Terima Gelaran Datuk : Minta Orang Ramai Tidak Pertikaikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...