Lama mendiamkan diri, akhirnya pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu tampil bersuara mengenai isu podcast yang dibuat oleh sesetengah pelawak lain.
‘Makin didiamkan, makin seronok tunggang nama’
Dapat dilihat dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh Jep di Instagram, dia menegaskan bahawa isi kandungan yang diceritakan dalam segmen podcast kebanyakkannya rekaan serta tokok tambah.
Katanya lagi, dia enggan melayan hal remeh-temeh seperti itu tetapi semakin dibiarkan, semakin seronok pihak di belah sana bersembang.
Enggan fitnah berleluasa
Dah takde nama lain ke nak tunggang?
Dalam pada masa yang sama, Jep turut berharap agar penjelasannya itu dapat menutup mulut orang ramai yang tertanya-tanya.