‘Lidah lebih tajam daripada pedang’, itulah pepatah yang sesuai digunakan untuk peniaga restoran ini yang menyakiti hati pelanggannya dengan kata-kata.
Melalui satu perkongsian video di Twitter, rakaman menunjukkan seorang pekerja restoran menjerit memaki hamun pelanggan.
Orang Melaka bangga konon bahasa dia orang lah paling kasar tapi hakikat nampak macam orang bodoh je kalau guna bahasa kasar tambah-tambah orang tua nampak lagi bangang.
Sebelum ni aku suka makan kat sini, hari ni aku teringin nak bawa family aku dari singapore makan kat sini. pic.twitter.com/MDsLZLLogy
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) June 9, 2022
Menurut wanita itu, keluarganya datang pada pukul 2 petang dan bertanyakan tentang lauk di restoran yang kebanyakkannya sudah habis tetapi dijawab dengan cara yang tidak mesra.
Namun begitu, seorang pekerja membangkitkan lagi kemarahan apabila dia mengeluarkan kata-kata kasar kepada pelanggan itu dan keluarganya.
Selain itu, pekerja itu turut merendah-rendahkan pelanggan tersebut dengan menyatakan dia tidak mempunyai wang kerana memesan telur dadar.
Pelanggan itu juga menerangkan tidak ada sebarang perkataan maaf yang keluar dari pihak restoran membuatkan dia berasa terkilan dengan perangai peniaga.
Susulan kejadian itu restoran itu dikecam teruk oleh netizen kerana bersikap kurang ajar dengan pelanggan.