“Takdak Pun Gaduh Dengan Sapa-Sapa”- Che Ta Pertahankan Fazura Gara-Gara Produk Inai

Hiburan

“Takdak Pun Gaduh Dengan Sapa-Sapa”- Che Ta Pertahankan Fazura Gara-Gara Produk Inai

Baru-baru ini pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir warganet yang menjadi ‘batu api’ dalam pelbagai keadaan.

Dalam satu entrinya di Instagram, pelakon itu berasa pelik apabila ada yang menghentam rakan selebritinya Nur Fazura hanya kerana video penghargaan yang dimuat naik di platform media sosial tersebut.

Advertisement

Menerusi ‘caption’ postingan yang dibuat oleh Che Ta, dia mempertahankan Fazura dengan menyatakan bahawa pelakon itu tidak menyinggung mana-mana pihak atau jenama lain.

Takdak pun nampak dia mention mana-mana…”

Tambahnya lagi, Fazura hanya membuat ‘review’ inai Mazaville hasil kolaborasi pelakon itu dengan rakannya, Anas Zahrin.

Selain itu, Rozita Che Wan turut menerangkan bahawa tiada sebarang perselisihan faham antara rakan-rakan selebriti yang berkait dengan produk yang dikeluarkan kerana pintu rezeki itu luas dan pengguna mempunyai citarasa dan pilihan masing-masing.

Dalam pada itu, isteri kepada Zain Saidin turut sempat menasihatkan warganet agar sentiasa memandang kepada perkara positif dan berhenti melaga-lagakan mana-mana pihak jika tiada sebarang bukti.

2 years ago

"Jaga Tepi Kain Sendiri" - Rozita Che Wan Bahasakan Netizen Tak Puas Hati Tengok Aaisyah Bersolek

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...