Terdahulu, penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima memuat naik sebuah hantaran di IG Strories berbaur sindiran terhadap Ustaz dan Ustazah ‘Online‘ yang didakwa mendiamkan diri mengenai kes amang seksual, pendakwah selebriti terkenal iaitu PU Azman.
Menerusi hantaran tersebut, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli mempersoalkan tentang hukum amang seksual kepada golongan pendakwah kerana tidak mengulas mengenai isu berkenaan.
Apa hukum amang seksual? PU dan ustazah online tak nak ulas ke?
Susulan itu, tidak ketinggalan penyanyi Ifa Raziah pula turut memuat naik hantaran di IG Stories mempersoalkan keberadaan golongan Ustaz dan Ustazah ketika isu mengenai seorang pendakwah sedang hangat diperkatakan.
Menerusi hantaran tersebut, Ifa meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila isu mengenai dirinya sering dijadikan ‘content‘ buat para golongan agama sehingga mereka menggelar dirinya ahli neraka.
Namun, berbeza pula ketika isu terkini kes amang seksual yang berkait dengan seorang pendakwah tidak dijadikan ‘content‘ dan diulas oleh golongan Ustaz dan Ustazah.
Mana pi semua Ustaz & Ustazah yang hebat-hebat ni semua takda pun buat content pasai geng depa!
Kalau kes aku cepat jer korang buat syarahan agama cakap aku ahli neraka!! Ooo lupa Brother & Sister Hood!! Haiyooo!! Porahhh!!!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.