Tak Yakin Nak Ambil Pembantu Rumah, Izara Aishah Belum Bersedia Tinggalkan Anak Untuk Bekerja

Hiburan

Tak Yakin Nak Ambil Pembantu Rumah, Izara Aishah Belum Bersedia Tinggalkan Anak Untuk Bekerja

Pelakon Izara Aishah tampil menjelaskan bahawa dia tidak pernah terfikir untuk berhenti berlakon selepas melahirkan anak sulungnya, Irisa Alaia pada April tahun lalu.

Ujar Izara, dia masih menerima banyak tawaran berlakon pada ketika ini namun terpaksa menolaknya kerana memikirkan anaknya yang masih kecil dan memerlukan perhatiannya.

Advertisement

Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham berkatan dia akan kembali aktif dalam dunia lakonan selepas anaknya itu memahami tuntutan ibunya untuk kembali bekerja.

Tambah Izara lagi, dia masih belum mempunyai keyakinan untuk mengambil mana-mana pembantu rumah atau penjaga dalam menguruskan anaknya.

“Saya tak pernah terfikir untuk berhenti berlakon. Saya cuma nak tunggu sehingga dia boleh faham (kerja). Bila dia dah besar dan faha,, barulah saya akan mula bekerja. Sebenarnya saya dah banyak terima tawaran tapi saya terpaksa tolak dahulu sebab tak bersedia nak tinggalkan baby. Saya pun tak upah pembantu rumah..tak ada sesiapa nak jaga baby dan saya memang jaga sendiri.”

Meskipun sudah bersedia untuk mempunyai pembantu rumah, namun Izara masih belum punya keyakinan untuk letakkan kepercayaan kepada mereka dalam menguruskan cahaya mata kesayangannya itu.

Dia dalam pada itu turut menzahirkan perasaan gembira kerana kelahiran Irisa Alaia telah membuatkan dirinya belajar mengenai banyak perkara terutama sikap sabar.

Masih dalam proses menyesuaikan diri, Izara turut bersyukur kerana mempunyai suami yang memahami tentang perubahan dirinya sejak bergelar seorang ibu.

“Seronok ada baby..tapi saya cuba untuk menyesuaikan diri sebab bukan senang nak jaga baby. Sampai saya pun, susah nak jaga diri sendiri. Sekarang ni saya baru nak mencari diri saya yang dahulu. Sebab saya jadi malas nak bersiap tapi dia pun dah besar dan perlahan-lahan saya tengah belajar balik tentang solekan.”

Terdahulu, Izara dan suami, Adib Khalid yang merupakan anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza telah melangsungkan perkahwinan pada 17 November 2017 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Irisa Alaia yang dilahirkan pada 15 April 2020.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...