Penyanyi berkumpulan, Floor 88 berkata mereka tidak kecewa meskipun tewas kepada penyanyi Zizi Kirana dalam kategori persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-35 yang berlangsung pada hari Ahad lalu.

Meskipun nama kumpulan mereka disebut-sebut sebagai pemenang kategori tersebut, Eric Fuzi selaku pemain Keyboard Floor 88 berkata itu semua hanya ramalan peminat semata-mata.
Tambahnya, jika mahukan mereka menang pada malam itu, peminat haruslah menghantar undian yang ditentukan ke atas penonton.
View this post on Instagram
“Pemenang Persembahan Terbaik ditentukan berdasarkan undian penonton. Jadi sekiranya mereka rasa persembahan kami terbaik dan mantap semalam, kenalah hantar undian. Apatah lagi semua finalis bertanding di AJL35 itu dilihat membuat persembahan yang terbaik.”
Jelas Eric lagi, seni adalah sesuatu yang subjektif dan mempunyai pelbagai variasi. Jadi baginya meramal sahaja tidak memadai namun perlulah mengundi jika mahu sesuatu artis atau penyanyi itu memenangi sebarang trofi berdasarkan undian penonton.
Dia juga sempat meluahkan rasa syukur kerana persembahan Floor 88 pada malam itu tidak mendapat kecaman daripada penonton.
View this post on Instagram
“Saya bersyukur persembahan Floor 88 tidak dikecam netizen. Menang, kalah adat bertanding dan kami terima dengan rela hati untuk menjadi pembakar semangat pada masa akan datang.”
Selain Eric, Floor 88 turut dianggotai Ayie Ilham selaku vokalis, Achoi (gitar utama), Falique (bass), Amir (gitar kedua) dan Akram (dram). Mereka telah berentap di pentas AJL35 dengan menyampaikan lagu berjudul Hutang hasil ciptaan Zai Hamzah dan Achoi Floor 88.
Terdahulu, Floor 88 pernah menjadi perbualan hangat antara netizen apabila ada yang mempersoalkan kelayakan di mana ada yang berpendapat bahawa terdapat artis lain yang lebih layak bertanding di pentas AJL berbanding kumpulan mereka.
tecit
March 19, 2021 at 9:21 am
mgkin lagu ni dah lame fofuler sampai musim ajl dah sendu sikit. wpun penah la mmg popiler gile time awal2 dulu. sampai ank aku kt tadika pon dok ulang2 lagu ni.
anonymous
March 16, 2021 at 7:37 pm
lagu siulan kanak kanak ribena ,hairan sungguh boleh ke final
Anonymous
March 17, 2021 at 12:33 pm
lagu siulan kanak2 tak bermaksud tak bagus dan tak sedap. bukan mesti lagu jiwang2, menjerit2, sedih2, bereksperimentasi bagai baru lagu tu dianggap bagus…
Pretty424
March 17, 2021 at 1:30 pm
p drg lagi ok dari c nab chipmunk