Tak Tutup Aurat Ziarah Kubur, Keluarga Kak KM Ditegur – “Hormatlah Orang Yang Dah Tak Ada..”

Trending

Tak Tutup Aurat Ziarah Kubur, Keluarga Kak KM Ditegur – “Hormatlah Orang Yang Dah Tak Ada..”

Menziarahi kubur adalah salah satu perkara yang dituntut dalam Islam dan telah menjadi budaya yang sering dilakukan oleh masyarakat Melayu.

Namun, masih ramai yang tidak mengetahui tentang beberapa adab yang perlu diperhatikan ketika menziarahi kubur seperti berwuduk, memberi salam, dan menutup aurat.

Advertisement

Baru-baru ini, tular di laman Twitter memaparkan keluarga usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli yang sedang menziarahi kubur arwah bapanya, Rosli Bin Hassan.

Apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah anak-anak kepada pempengaruh media sosial itu dilihat tidak menutup aurat ketika menziarahi kubur.

Susulan itu, ramai yang mempersoalkan tentang adab menziarahi kubur dan mengingatkan mereka untuk sekurang-kurangnya memakai selendang bagi menutupi bahagian kepala.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen telah memberi peringatan kepada mereka untuk menutup aurat walaupun bukan hanya ketika menziarahi kubur.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah mendapat 787.9K tontonan, 1.8K tanda suka, dan 540 ciap semula di laman Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ok
1 year ago

“Leona Ni Jenis Bodoh Setiap Hari” - Anak Sering Cetus Kontroversi, Azhar Sulaiman Risau Jadi Macam Aliff Syukri?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...