Tak Tiru Drama Korea The World Of The Married, Nad Zainal Bidas Anggapan Netizen, Pertahan Karya Tempatan

Hiburan

Tak Tiru Drama Korea The World Of The Married, Nad Zainal Bidas Anggapan Netizen, Pertahan Karya Tempatan

Tampil dalam drama Hati Yang Tersakiti, pelakon Nad Zainal membidas anggapan netizen yang beranggapan bahawa naskah arahan Feroz Kadir itu merupakan saduran drama sensasi Korea, The World Of The Married, (TWOTM).

Dia yang membawa watak Ramona Tahir dalam drama tersebut, Nad menegaskan bahawa jalan cerita dan perkembangan watak Hati Yang Tersakiti terbitan produksi Art Ornament Sdn. Bhd. itu berbeza meskipun membawa tema yang sama iaitu konflik rumah tangga.

Advertisement

“Ada kemungkinan drama ini berkisar tiga watak utama lakonan saya, Remy Ishak dan Mimi Lana. jadi ada yang pantas menganggap Hati Yang Tersakiti seperti drama TWOTM. Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Sebaiknya tontonlah sehingga episod ke -15 untuk menilai dan membuat kesimpulan,”

 

View this post on Instagram

dah sakit ke hati tu?? rasanya penonton punya hati yang tersakiti semalam ? ??

A post shared by ??? ????? (@nad.zainal) on

Sinopsis ringkas, drama Hati Yang Tersakiti menceritakan mengenai seorang ‘gadis lurus’ bernama Ramona lakonan Nad Zainal yang hidup bahagia bersama suaminya, Haris yang dilakonkan oleh Remy Ishak.

Namun, Ramona tidak mampu memberi zuriat kepada Haris dan kehadiran Farah lakonan Mimi Lana yang sedang menunggu proses penceraian bersama suaminya dalam kehidupan mereka mengubah segalanya.

Difahamkan bahawa drama tersebut telah disiarkan sejak Khamis lalu menerusi Slot Samarinda di TV3 jam 10 malam pada setiap hari Isnin hingga Khamis.

Sumber : Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...