Tak Tidur Nyenyak Fikir Mangsa Banjir, Pak Nil Lancar ‘Kedai Percuma’

Hiburan

Tak Tidur Nyenyak Fikir Mangsa Banjir, Pak Nil Lancar ‘Kedai Percuma’

Pengacara dan personaliti TV terkenal, Datuk Aznil Nawawi berkata dia tidak dapat tidur dengan nyenyak apabila memikirkan nasib mangsa yang terjejas akibat banjir, baru-baru ini.

Aznil Nawawi Cadang Antivaksin Usah Terlalu Lantang Bersuara
1 year lalu

Aznil Nawawi Cadang Antivaksin Usah Terlalu Lantang Bersuara

Advertisement

Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil sebelum giat menjalankan kerja mengumpul golongan sukarelawan bagi membantu mangsa di Bukit Canggang, Banting kini ingin menubuhkan Kedai Percuma Pak Nil bermula pada 30 Disember lalu.

Jelasnya, idea itu tercetus selepas usaha pemberian bantuan kepada mangsa di mana dia melihat ramai penduduk yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tinggal sehelai sepinggang.

Malah, kata Pak Nil lagi, kawasan itu seolah terpinggir daripada sebarang pemberian bantuan daripada sukarelawan dan juga kerajaan.

Kesemua mereka terpaksa mengumpul barang semula dan membaik pulih rumah mereka. Bahkan barang keperluan asas mereka tiada langsung. Daripada situ saya fikir kenapa tidak diwujudkan kedai percuma itu.

Sehubungan dengan itu, Pak Nil mula menghubungi syarikat yang pernah berkolaborasi dengannya di mana jenama-jenama itu telah bermurah hati untuk menghantar barang am seperti minyak, telur, air mineral, sardin, bantal, lampin bayi dan lain-lain.

Maklum Pak Nil, mangsa-mangsa banjir boleh ke kedai itu untuk mengambil barang-barang yang disediakan secara percuma mengikut keperluan masing-masing.

Dalam pada itu, pelantun lagu Apo itu turut mengalu-ngalukan barangan keperluan daripada orang ramai yang ingin menyumbang atau menyalurkan duit sumbangan ke akaun saya.

“Kedai ini akan berterusan beroperasi jika terus menerima sumbangan orang ramai atau pertubuhan kerajaan mahupun swasta.” katanya lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...