Tumpang gembira melihat rakan selebriti yang lain mendirikan rumah tangga, penyanyi dan juga pelakon Wany HasritaWany Hasrita berkata dia tidak berasa tertekan atau cemburu melihat kebahagiaan mereka.
Ujar Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, dia ingin memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu sebelum bergelar isteri orang.
Meskipun begitu, penyanyi berusia 28 tahun itu tidak akan menolak takdir jika jodoh itu datang lebih awal daripada yang dirancang.
Bukan nak cakap kalau kahwin itu tak boleh perbaiki kehidupan, tidak. Cuma perkara ini berbalik kepada soal jodoh juga.
Kita nak kawal macam mana pun, susah juga. At the end of the day, kita berserah saja pada Allah.
Dalam pasa itu, penyanyi lagu Menahan Rindu khabarnya akan berkolaborasi dengan penyanyi Tajul menerusi sebuah lagu ‘remake’ berjudul Tragedi Cinta nyanyian asal Siti Nordiana dan Allahyarham Achik Spin bagi mengubat kerinduan peminat.
Terdahulu, Wany dan Tajul pernah berduet bersama dan menyanyikan semula lagu Di Sana Cinta Di Sini Rindu, Rindu Dalam Benci dan Aku Serius.