“Tak Termampu Balas Budi Datuk” – Mak Jah Menangis Terima Kerusi Roda Elektrik & Wang Saku Bulanan Daripada Rosyam Nor

Hiburan

“Tak Termampu Balas Budi Datuk” – Mak Jah Menangis Terima Kerusi Roda Elektrik & Wang Saku Bulanan Daripada Rosyam Nor

Pelakon veteran, Mak Jah terharu dan tidak henti mengucapkan terima kasih selepas dibantu oleh aktor Datuk Rosyam Nor, 56, baru-baru ini. Mak Jah baru menjalani pembedahan mata sebelah kanan yang sudah tidak nampak dan perlu menjalani rawatan berkala di hospital dan klinik.

Aktres berusia 74 tahun itu akui sangat tersentuh dan gagal menahan sebak ketika wakil Rosyam Nor datang ke rumahnya untuk menyampaikan sumbangan berupa kerusi roda elektrik.

Advertisement

Terima kasih kepada Datuk. Tak terbalas budi baik Datuk. Saya tak terkatalah, rasanya ini (kerusi roda) mahal sangat. Bagi saya memang tak termampu (balas budi). Dengan datuk bagi bulanan lagi.

mak jah

Wakil Rosyam Nor ketika itu turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesihatan buat aktres veteran yang tidak asing lagi dengan masyarakat kita.

Terdahulu, Mak Jah pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2016 selepas menghidap kanser rahim tahap pertama namun telah disahkan bebas daripada penyakit itu pada tahun 2019.

Mak Jah juga dilaporkan sudah empat tahun tidak aktif dalam dunia lakonan disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

pak nil
1 year ago

"Dah Tak Laku Berlakon, Asyik Nak Minta Bantuan Je" - Individu Sindir Artis 'Sendu' Tak Berusaha, Pak Nil Dedah Rupanya...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...