Pelakon Wardina Saffiyah sebak membaca nukilan arwah Benjy Ibrahim yang ditulis olehnya ketika berada dalam tahanan penjara di Medan, Indonesia.
Menurut Wardina, tulisan arwah membuatkan dirinya ingin mengimbau kembali kenangan-kenangan indah mereka.
Benjy’s “thoughts” in prison. He wrote so well. His command of English was excellent. That’s what I will choose to remember you with.
Kak Dina kenal Benjy mula-mula masa berlakon bersama dalam telemovie Kepulangan arahan Suhaimi Baba.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Wardina ada juga berkata bahawa arwah ada menghubunginya untuk meminjam wang ketika berada di sana.
Memang waktu Benjy contact Kak Dina untuk bantuan Akak ada was-was sikit. Takut dia beli dadah. Benjy tunjuk bil hospital. Sebab hospital sana tak bayar untuk orang bukan warganegara. Tak banyak pun sebenarnya.
Katanya lagi, Benjy terpaksa meminjam wang daripada tahanan lain dan jika tidak membayar dalam pada masa yang ditetapkan, dia akan dibelasah serta memberitahu bukan mudah untuk mengemis kepada orang.
Kak Dina tak lah terkilan sangat kerana akak dapat bantu Benjy and didn’t shun him. That’s what he said ‘thank you for not shunning me like everyone else’.
Wardina memuat naik entri tersebut di akaun Instagramnya dimana tertulisnya tulisan anak pelakon veteran Allahyarham Azean Irdawaty yang didedahkan di sebuah portal.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.