“Tak Terkesan Sebab Selebriti Kami Ramai..” – Dikecam & Diboikot Netizen Kerana Aliff Aziz, Rizman Ruzaini Kekal Profesional

Hiburan

“Tak Terkesan Sebab Selebriti Kami Ramai..” – Dikecam & Diboikot Netizen Kerana Aliff Aziz, Rizman Ruzaini Kekal Profesional

Baru-baru ini, beberapa jenama terkenal telah tampil mengulas tentang duta atau wajah jenama mereka yang melibatkan dua selebriti sensasi, Aliff Satar dan Ruhainies. Kini, jenama terkenal, Rizman Ruzaini menjelaskan mereka tidak akan masuk campur dalam hal peribadi Aliff Aziz yang merupakan salah seorang model bagi kempen raya mereka.

Jenama tidak terkesan

Berdasarkan pengasas jenama tersebut iaitu Rizman, jenamanya itu tidak terkesan dengan kontroversi yang sedang melanda Alif sekarang. Katanya, pihaknya juga tidak akan melayani mana-mana kecaman daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan artis tersebut.

Advertisement

Tak terkesan sebab selebriti kami ramai sangat. Kedua koleksi kami pun sangat besar, jadi tidaklah tercalit sangat pada kami. Lagipun dia bukan main muses (wajah utama).

 

Kami daripada Rizman Ruzaini sebenarnya tak nak campur dan sebolehnya tak mahu ada kontroversi apa-apa.

 

Macam sekarang kalau tengok ada komen-komen negatif di Instagram. Tapi itu rumah kita, jadi kalau orang datang mencemarkan rumah kami tu, kami block sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MaisonRizmanRuzaini (@rizmanruzaini)

Atas tujuan perniagaan sahaja

Tambahan pula, Rizman juga menjelaskan mereka sebagai pereka fesyen tidak mahu terlibat dalam hal peribadi yang melibatkan hal rumah tangga dan sebagainya. Sebaliknya, kerjasama mereka hanya sekadar untuk bisnis sahaja.

Komen tu macam nak boikot kami, tapi kami rasa kami tak bersalah.

 

Sama macam Fiziwoo yang ambil Ruhainies sebagai duta. Kami ni tidak bersalah dan hanya buat kerja kami.

 

Di pengakhirannya kerjasama dengan artis ini adalah untuk tujuan perniagaan sahaja. Lagipun hubungan kami dengan Aliff atau Bella memang tiada masalah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ( ألف عزيز ) (@iamaliffaziz)

Sebelum ini, jenama fesyen Fiziwoo telah menjelaskan video promosi yang menampilkan Ruhainies sebagai wajah utama jenama itu telah dirakam pada Disember lalu sebelum kontroversi tangkap khalwat itu terjadi pada aktres tersebut.

Ruhainies
9 months ago

"Kami Tidak Menyokong Artis Kelakuan Buruk" - Tindakan Jenama Produk Kesihatan 'Blur' Wajah Ruhainies Dalam Video Iklan Tuai Pujian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...