Tak Terima Komen Bahasa Melayu Di Facebook, ‘Admin’ Foodpanda Terima Kecaman Netizen

Trending

Tak Terima Komen Bahasa Melayu Di Facebook, ‘Admin’ Foodpanda Terima Kecaman Netizen

Akaun Facebook rasmi Foodpanda Malaysia diserang netizen gara-gara pengguna diminta hanya menggunakan Bahasa Inggeris ketika ingin memberikan maklum balas mereka. Menerusi ruangan komen di Facebook tersebut, admin Foodpanda memberitahu mereka kini mempunyai masalah halangan bahasa buat masa ini.

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, pengguna yang menggunakan Bahasa Melayu diminta untuk memberikan maklum balas mereka di dalam Bahasa Inggeris. Perkara ini kemudian menerima kecaman netizen yang menganggap ianya sangat tidak profesional.

Advertisement

“Mohon maaf kerana kami tidak lagi mendapat sokongan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kami sangat menghargai jika anda dapat meneruskan perbualan ini dalam Bahasa Inggeris.”

facebook

facebook

Rata-rata netizen berpendapat isu ini tidak seharusnya berlaku memandangkan Foodpanda beroperasi di Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sepatutnya mereka perlu memastikan bahagian perkhidmatan pelanggan untuk turut mahir menggunakan Bahasa Melayu.

facebook

Setakat ini, masih belum ada lagi kepastian dan kenyataan rasmi dari pihak Foodpanda mengapakah isu ini terjadi. Yang pastinya, isu ini jelas menimbulkan perasaan kurang senang rakyat Malaysia terhadap syarikat penghantaran itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...