Pengasas kosmetik dan juga jutawan, Safiey Ilias dikecam lagi oleh warga net apabila dia dilaporkan tidak menapis bahan iklan sebelum dipromosikan di laman sosial instagram miliknya.
Safiey dikatakan memuat naik sebuah video memaparkan seorang wanita bertudung yang bertindak menyelak bajunya sehingga menampakann sebahagian payu dara milik model tersebut.
Netizen yang melihat video berkenaan berang dan menganggap Safiey kurang peka dan biadap dalam menerbitkan sesebuah video untuk tatapan umum.
Malah, pemilik iklan tersebut turut dihentam kerana perbuatan memakai tudung sambil menunjukkan bahagian tubuh badan sensitif itu dianggap seolah-olah mempermainkan serta menghina agama Islam.
Walau bagaimanapun, setelah dikecam hebat oleh netizen di entri berkenaan, Safiey dilihat telah menutup ruangan komen namun posting berkenaan masih berada di ruangan Instagramnnya.