“Tak Takut, Berani Kerana Benar..” – Ruhainies ‘Shooting’ Seperti Biasa, Apa Jua Melanda Tetap Komited Dengan Kerja

Hiburan

“Tak Takut, Berani Kerana Benar..” – Ruhainies ‘Shooting’ Seperti Biasa, Apa Jua Melanda Tetap Komited Dengan Kerja

Sejak Sabtu lalu, isu tangkap khalwat aktres Ruhainies dan Aliff Aziz sering menjadi perhatian pengguna media sosial. Meskipun dikecam dan dikritik, Ruhainies tetap meneruskan aktiviti hariannya seperti biasa dan terlihat tidak terkesan.

Hanya tokok tambah

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, dia telah menanyakan beberapa soalan kepada aktres tersebut tentang situasi yang sedang melandanya itu.

Advertisement

Dirinya sendiri mengaku melihat Ruhainies tampil tenang disaat berita tentangnya menjadi topik bualan rakyat Malaysia. Namun, Ruhainies turut menyangkal dakwaan orang ramai tentangnya.

Ruhainies nampak tenang sangat, disaat orang provoke, ada yang kata tiga jam.

 

Apa yang tiga jam? Tiga jam itu adalah tokok tambah sahaja.

@abangterlajaklaris♬ original sound – Papa Laris

Berani kerana benar

Bukan itu sahaja, Aliff Syukri juga bertanya apakah yang membuatkan Ruhainies ini kekal kuat serta masih bekerja seperti biasa dan bukan seperti orang umumnya yang akan mendiamkan diri jika ditimpa situasi yang sama.

Boleh saya tahu tak apa sumber kekuatan Ruhainies? Kalau orang lain mungkin berkurung tapi Ruhainies boleh lagi ada penggambaran dekat sini.

 

Satunya sebab kerja, saya memang komited dengan kerja. Yang kedua, bila kita di pihak yang benar sudah semestinya kita tak takut. Berani kerana benar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Sebelum ini, Ruhainies telah tampil memberi penjelasan terkini tentang hubungannya bersama Aliff Aziz. Katanya, dia dan suami kepada Bella Astillah itu hanyalah sekadar kawan dan rakan kerja.

Menurutnya, dia akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tangkap khalwat itu apabila tiba masa yang sesuai.

ruhainies
2 months ago

"30 Minit, Apa Yang Berlaku Tak Sampai Tiga Jam" - Kenal Lebih 10 Tahun, Ruhainies Akui Aliff Aziz Hanya Kawan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...