Pelakon Linda Hashim meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya, Beego, yang didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Linda berkongsi gambar anak-anak mereka sedang makan, sambil menyuarakan kekecewaannya terhadap sikap Beego.
Mana bapa anak-anak ini? Kalau jumpa, tanya dia tak takut ke akhirat esok kena soal macam-macam?
Tambahnya,
Enjoy boleh tapi duit makan anak-anak abaikan setelah sekian lama. Duit makan je pun, duit lain maknya dah tanggung sepenuhnya.
Rata-rata netizen menyokong Linda dan menggesa dia untuk terus menuntut hak nafkah demi anak-anak selain mengecam Beego kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.
Untuk rekod, Linda pernah memfailkan perceraian terhadap Beego atas alasan tiada persefahaman awal Januari lalu. Mereka sebelum ini bercerai pada Mac 2023, rujuk semula pada April, namun kembali berpisah beberapa bulan selepas itu.
Pasangan ini berkahwin pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak perempuan berusia antara enam hingga sebelas tahun.