“Tak Tahu Wujud SOP” – Azfar Heri Mohon Maaf, Minta Kesahihan Pramugari Kena Tindakan Tatatertib

Hiburan

“Tak Tahu Wujud SOP” – Azfar Heri Mohon Maaf, Minta Kesahihan Pramugari Kena Tindakan Tatatertib

Sedia maklum, semalam kecoh mengenai dakwaan pramugari Malaysia Airlines (MAS) yang memberi hadiah sekampit kacang masin kepada influencer, Azfar Heri dikena tindakan tatatertib.

Susulan itu, Azfar tampil memohon maaf secara terbuka di laman media sosialnya dan menyedari apa yang dilakukan sememangnya salah.  

Advertisement

Dalam pada itu, dia turut berkata tidak tahu bahawa MAS mempunyai SOP tertentu dan seandainya mengetahui lebih awal, Azfar tidak akan sesuka hati berkongsikan perkara itu di platform media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azfar Herisyam (@azfarheri)

Bagaimanapun, Azfar mahu mendapatkan kesahihan dakwaan yang dilakukan oleh individu di Twitter itu mengenai pramugari terbabit bakal dikenakan tindakan tatatertiba ataupun diberhentikan.

Ketika ini Azfar berharap agar kedua-dua individu yang membuat dakwaan tersebut untuk tampil memberi kerjasama bersama dirinya agar dapat kenalpasti sumber ‘statement’ terbabit bersama pihak MAS.

Azfar turut berkata sekarang ini dia tidak boleh mengeluarkan sebarang komen, namun akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak MAS dan dalam menyelesaikan isu ini sewajarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.  

pramugari MAS diberhentikan sebab Azfar Heri
2 years ago

"Sebab Kau Kerjaya Orang Terjejas!" - Pramugari Hadiahkan Kacang Pada Azfar Hari Kena Tindakan Tatatertib?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...