Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Tahu Salah Apa Hingga Diugut Santau, Harris Annuar Buat Laporan Polis

Harris Annuar

Pelakon Harris Annuar nekad untuk membuat laporan polis baru-baru ini setelah dirinya telah diugut santau oleh seorang individu yang tidak dikenali di Instagram.

Ujar Harris, dia tekad untuk melibatkan pihak berkuasa dalam hal ini kerana ingin melindungi keselamatan diri jika perkara tidak diingin berlaku kelak.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Dia dilihat telah memuat naik salinan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, Selangor tersebut menerusi entri terbaru di laman media sosial Instagramnya.

“Kepada pemilik Instagram @hahaha_mat yang baru saja tukar nak ke @buat_smpoi (saya tahu dia akan tukar lagi selepas ini) saya ada hadiah raya untuk awak. Alhamdullilah, dengan bantuan sahabat-sahabat dalam Instagram, kami semua tahu gambar yang dipakai adalah milik orang lain. Tak lama lagi lokasi awak pun kami semua akan tahu.”

Kata pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu lagi, dia kini menyerahkan tindakan seterusnya daripada pihak polis dan juga kepada Allah S.W.T dia berserah.

View this post on Instagram

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Terdahulu, Harris ada memuat naik tangkap layar mesej yang diterimanya daripada seorang individu yang mengugut untuk menghantar santau kepadanya.

View this post on Instagram

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Akui terkejut apabila menerima mesej seperti itu, Harris pada mulanya kekal tenang dan turut memohon maaf jika ada pernah berbuat kesilapan terhadap mana-mana individu selain memohon dirinya dilindungi daripada perkara yang tidak baik.

Dia dalam pada itu turut bingung memikirkan apa sebenarnya kesalahan yang pernah dilakukan sehingga terpaksa menerima ugutan seperti itu.

View this post on Instagram

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

“Saya tak tahu salah apa. Tapi saya minta maaf andai ada sakitkan hati sesiapa, buatkan orang tak selesa tanpa sedar. Sebab kita manusia biasa, tak lari daripada kesilapan. Saya minta maaf sangat-sangat..” ujarnya lagi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top