Tak Tahu Salah Apa, Dayang Areeda Kecewa Nama Belum Popular

Hiburan

Tak Tahu Salah Apa, Dayang Areeda Kecewa Nama Belum Popular

Pelakon yang sering saja menghiasi kaca televisyen, Dayang Areeda mengaku dirinya berasa sikit kecewa apabila namanya masih belum popular dan dikenali meskipun sudah enam tahun bergelar anak seni.

Ujar pelakon drama Derita Untuk Bahagia (DUB) ini lagi, dia walau bagaimanapun masih belum berputus asa dan masih punya harapan untuk lebih dikenali pada masa akan datang.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dayang Areeda (@dayangareeda)

Kata Dayang, perasaan kecewa itu semestinya wujud kerana kerjayanya dalam dunia seni lakonan bermula daripada bawah iaitu sebagai pelakon tambahan sehinggakan dapat memegang watak utama.

“Sudah enam tahun saya berada dalam industri namun saya akui nama saya masih kurang dikenali, mungkin belum rezeki saya. Apa yang saya boleh buat sekarang hanya tunjukkan bakat saya dan teruskan usaha..”

Anak jati kelahiran Kudat Sabah ini dalam masa yang sama turut menzahirkan perasaan teruja apabila drama terbarunya berjudul Derita Untuk Bahagia yang telah ditayangkan sejak Isnin yang lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dayang Areeda (@dayangareeda)

Membawa watak antagonis, Dayang telah bergandingan dengan pelakon hebat lain seperti Amar Baharin, Hafreez Adam dan Azar Azmi dalam drama tersebut.

Derita Untuk Bahagia bersiaran pada hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang menerusi slot Tiara saluran Astro Prima.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...