Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tak Tahu Nak Saya Atau Nak Harta..” Semakin Popular, Jaafar On Terima Pelawaan Kahwin Daripada Beberapa Wanita

Jaafar Onn

Pelakon veteran, Jaafar Onn mengakui ada menerima beberapa pelawaan untuk berkahwin daripada beberapa orang wanita sementelah dia kini semakin popular setelah membintangi filem 18 Puasa Di Kampung Pisang, baru-baru ini.

Ujar Jaafar Onn, 70, pelawaan untuk mendirikan rumah tangga datang daripada anak dara dan juga golongan janda.

Advertisement
Jaafar OnnSumber : Google  

Namun bagi pelakon yang terkenal menerusi sitkom komedi Cili Padi itu, dia sudah penat memikirkan soal kahwin dan jodoh pada ketika ini.

“Saya dah letih dan penat untuk fikir soal kahwin. Tidak tahulah samada hati saya dah tertutup sekarang. Tapi kalau Allah kata kahwin, kahwinlah saya nanti. Macam di studio masakan saya. Ada 50 orang datang belajar masak tapi bukan nak tengok saya mengajar. Tapi sebaliknya ajak saya kahwin..”

Bapa kepada seorang anak lelaki ini juga berkata bahawa dia sudah berasa amat tua untuk berkahwin dan tidak pasti samada wanita tersebut ikhlas untuk hidup bersamanya atau hanya ingin menumpang kesenangan hidup yang dikecapinya kini.

Jaafar OnnSumber : Google  

“Tidak tahulah kalau niat mereka nak tumpang harta saya. Tapi saya sendiri pun tak tahu sama ada saya kaya atau tak. Tapi hidup saya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang juga..” ujarnya lagi.

Advertisement

Perkembangan lain, Jaafar Onn yang juga seorang cef masakan meluahkan impian untuk menghasilkan buku biografi mengenai kehidupannya.

Jaafar OnnSumber : Google  

Dia juga kini ligat berniaga kek arab yang diusahakan di mana ianya dipasarkan dalam talian. Jaafar Onn juga difahamkan sering memasak nasi beriani pada setiap hari Jumaat sebelum diberikan secara percuma demi mengumpul saham akhirat di usia emas kini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top