Tak Tahu Nak Buat Apa Cuti Sekolah Ini? Jom Angkut Satu Family Ke Expo Negaraku!!!

Hiburan

Tak Tahu Nak Buat Apa Cuti Sekolah Ini? Jom Angkut Satu Family Ke Expo Negaraku!!!

Pejam celik pejam celik, kita sudah tiba di penghujung November 2017. Hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum tahun baru 2018 menjelma. Hujung tahun juga membawa maksud cuti sekolah yang panjang untuk anak-anak. Inilah masanya untuk kita selaku mak ayah melakukan aktiviti dengan anak-anak untuk mendekati mereka, meluangkan masa bersama mereka, menambahkan kemesraan dan sekaligus menguatkan hubungan kekeluargaan.

cuti sekolah sebelum ini Abang Nara bawak anak-anak bercuti ke Penang. Seronok jugak!!!

Sudah tentu ada mak ayah di luar sana yang pening kepala fikir apa aktiviti nak dilakukan bersama anak-anak sepanjang cuti sekolah ini. Kalau nak bawak bercuti luar negara banyak pula belanja yang perlu dikeluarkan. Nak cuti dalam negeri pun oasti akan habis ribu-ribu ringgit. Jangan stress, jangan tertekan, jangan rungsing. Abang Nara ada satu idea yang amat bijak. Bawak je anak-anak anda ke Expo Negaraku!!!

Advertisement

Sedang berlangsung di Dataran Merdeka sejak 15 November lalu sehingga 15 Disember kelak, Expo Negaraku ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam dan masuk adalah PERCUMA untuk semua. Expo Negaraku ini adalah pameran infrastruktur berskala besar yang membolehkan para pengunjung melihat, mendengar dan merasai sendiri segala pencapaian pembangunan dan infrastruktur yang ada di negara kita Malaysia. Paling best, Expo Negaraku ini dibahagikan kepada 5 kubah dengan tema tersendiri.

Secara jujur, pada mulanya tak adalah Abang Nara excited sangat apabila mengetahui tentang Expo Negaraku. Pada tanggapan Abang Nara, ia adalah satu pameran biasa yang tak ada apa-apa keistimewaan. Ternyata Abang Nara 100% tersilap. Sebabnya lepas baca komen di Facebook Expo Negaraku, rata-rata para pengunjung yang hadir semua bagi thumbs up. “Best sangat-sangat”, “pengalaman tak boleh dilupakan”, “anak-anak gembira buat aktiviti” dan macam-macam lagilah. Insya Allah kalau tak ada aral melintang, hujung minggu ini Abang Nara nak angkut satu family ke Expo Negaraku ini.

antara komen-komen yang membuatkan Abang Nara teruja nak pergi ke Expo Negaraku

antara komen-komen yang membuatkan Abang Nara teruja nak pergi ke Expo Negaraku

antara komen-komen yang membuatkan Abang Nara teruja nak pergi ke Expo Negaraku

Ok jom kita tengok apa aktiviti yang boleh dilakukan di Expo Negaraku ini:-

1. Dapat rasa naik LRT, MRT, KTM, Monorail, HSR dan ECRL

atlet-atlet negara menaiki MRT di Expo Negaraku

Kalau korang tak berkesempatan menaiki keretapi di Malaysia, jangan risau sebab korang boleh cuba semua jenis keretapi di Expo Negaraku. Siap ada skrin yang menunjukkan pemandangan luar lagi. Memang terasa macam tengah duduk di dalam gerabak keretapi betul-betul. Anak-anak confirm suka.

2. Boleh jadi driver bus Rapid KL

Kalau selama ini anda teringin nak bawak bus, inilah masa untuk anda mencubanya dengan simulator Rapid KL yang ada di Expo Negaraku ini. Kalau selama ini asyik jadi penumpang bas je, kali ini korang boleh rasai sendiri keseronokan menjadi pemandu bas. Confirm ia akan jadi satu pengalaman yang tak boleh dilupakan.

3. Rasai pengalaman di airport control tower

Anak lelaki sulung Abang Nara si Aariz tue memang suka bab-bab kapal terbang dan airport. Banyak persoalan dia tentang kapal terbang dan airport yang tak dapat Abang Nara jawab. Bila tiba di Expo Negaraku nanti, Abang Nara akan pastikan si Aariz akan merasai sendiri pengalaman di airport control tower ini. Confirm dia seronok gila-gila punya. Mana nak dapat peluang yang macam ini kan?

4. Banyak aktiviti interaktif dan informative untuk seisi keluarga

Tak kira tua atau muda, dewasa atau kanak-kanak, lelaki atau perempuan, banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga di Expo Negaraku. Kesemuanya penuh dengan informasi dan boleh dialami secara interaktif. Antaranya melihat keindahan Pancaran 360 di mana cahaya akan berubah-ubah mengikut rekaan dan warna, boleh lihat perkembangan teknologi telefon, skrin interaktif berdasarkan lukisan kanak-kanak dan banyak lagilah. Abang Nara rasa 1 hari tak cukup untuk explore kesemua tarikan di Expo Negaraku ini. Silap-silap kena pergi 2 kali.

5. Ada replika hutan hijau Malaysia

Pembangunan-pembangunan jugak, namun keindahan alam semulajadi Malaysia jangan dilupakan. Anda boleh bawak anak-anak berjalan-jalan melihat replika hutan hijau Malaysia sambil mendengar deruan air terjun. Siap ada jambatan gantung lagi. Bolehlah cuba naik kalau tak gayat.

Amacam best kan Expo Negaraku ini? Untuk menambahkan lagi ke”best”an Expo Negaraku ini, setiap hujung minggu akan diadakan aktiviti berbeza untuk memeriahkan lagi suasana. Minggu pertama akan ada zumba dan futsal. Minggu kedua ada festival makanan seperti pesta buah-buahan, pertandingan memasak, pasar malam dan macam-macam lagi! Minggu ketiga lagi best sebab akan ada persembahan kebudayaan dari semua negeri! Zapin, boria, dikir barat, kuda kepang, dondang sayang dan macam-macam lagilah. Last but not least di minggu keempat akan ada KARNIVAL KL2017. Ada aktiviti best seperti permainan rakyat, treasure hunt dan paling menarik, KL City Go-Kart. Syok kan?

Pada pandangan Abang Nara, cuti sekolah ini confirm ramai ibu bapa yang akan bawa anak-anak mereka ke Expo Negaraku ini. Abang Nara confirm akan pergi jugak. Sekiranya anda takut parking tak cukup, anda boleh menaiki GRAB ataupun LRT/MRT/Komuter untuk ke Dataran Merdeka. Tak payah nak berebut-rebut dan serabut kepala cari parking.

Kepada mereka yang duduk berjauhan, anda tak perlu risau kerana sempena #ExpoNegaraku ini, anda boleh menempah bilik di hotel-hotel terpilih dengan harga yang cukup berpatutan.

Last but not least, bila dah berada di Expo Negaraku tue, jangan lupa tangkap gambar banyak-banyak dan upload ke Instagram/Facebook anda dengan hashtag #ExpoNegaraku. Mereka yang bertuah akan dipilih untuk memenangi cenderahati eksklusif. Nak upload video pun boleh. Yang penting semuanya kena ada hashtag #ExpoNegaraku.

Jadi tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai kita serbu Expo Negaraku sepanjang musim cuti sekolah ini. Maklumat lanjut layari Facebook Expo Negaraku.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...