Baru-baru ini, pendakwah bebas iaitu Ustazah Asma’ Harun tampil menegur rakyat yang gembira mendengar berita bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikenakan hukuman penjara.
Melalui hantaran video teguran yang dilakukan dalam Instagram, pendakwah itu kecewa melihat orang Islam menghina sesama sendiri di platform media sosial dengan ayat-ayat yang keterlaluan.
Hantaran video terbabit telah menarik perhatian ramai untuk meninggalkan reaksi mereka dan banyak portal-portal mengambilnya untuk dijadikan berita.
Melalui Facebook Gempak, pihak mereka ada memuat naik satu artikel mengenai hal berkenaan dan ada sesetengah netizen tidak bersetuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh Ustazah Asma’ mengenai hal ini.
Menurut mereka, kebanyakkan yang meluahkan rasa gembira apabila mendengar berita Najib dikenakan hukuman penjara itu sudah lama menunggu berita ini kerana itulah hukuman yang selayaknya dikenakan setelah membuat banyak kesalahan beberapa tahun lalu.
Dalam pada masa yang sama, netizen turut berpendapat Ustazah Asma’ tidak perlu membicarakan hal ini dan membentangkan isu lain kerana perkara ini agak sensitif.
Malah, mereka juga merasakan apabila dia menasihati rakyat Malaysia untuk tidak bergembira, ia seolah-olah Ustazah Asma menyebelahi Najib mengenai hal ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.