Hari ini, Malaysia dikejutkan dengan khabar berita sedih mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan sebuah kereta MPV jenis Perodua Alza.
Difahamkan, bas berkenaan dalam perjalanan dari Jertih ke Tanjung Malim, Perak sebelum terbalik atas jalan hingga meragut 15 nyawa.
Pemandu bas bawa laju, potong di double line
Susulan kes ini menjadi perhatian ramai, seorang saksi bernama Muhamad Aiman tampil berkongsikan maklumat mengenai cara pemanduan bas tersebut sebelum berlakunya kemalangan.
Katanya, bas tersebut dilihat memandu dalam keadaan bahaya serta memotong kenderaan lain yang turut ada di jalan tersebut meskipun di kawasan tidak sepatutnya memotong, termasuklah garisan berkembar (double line).
Saksi jangka akan berlaku kemalangan
Bas ni lah yang potong saya pukul 12 malam tadi, laju juga dia bawak. Tak tahu dia rushing nak pergi kemana.
Sewaktu melihat bas tersebut memotong, Aiman merasakan akan berlakunya kemalangan, rupanya sangkaan dia menjadi nyata.