Tular di media sosial rakaman seorang pempengaruh TikTok yang dikatakan membuat lawak berbaur gangguan seksual terhadap seorang wanita yang sedang makan di meja sebelah.
Dalam video berdurasi beberapa saat itu, pempengaruh berkenaan dilihat makan bersama keluarga di sebuah kedai makan sebelum mengeluarkan kenyataan yang dianggap tidak sopan dan menjurus ke arah sexual remarks terhadap wanita di sekitarnya.

Tindakan tersebut mencetuskan kemarahan ramai apabila netizen menganggap gurauan itu tidak wajar, lebih-lebih lagi dilakukan di tempat awam dan di hadapan ahli keluarga sendiri.
Ramai pengguna media sosial menyeru supaya pempengaruh berkenaan dikenakan tindakan dan tidak lagi diberikan perhatian kerana dikatakan “berlawak tanpa batas dan merendahkan maruah wanita”.
Sejak video itu tersebar, akaun TikTok individu terbabit dilaporkan menerima kecaman bertubi-tubi dan rata-rata pengguna sepakat untuk ‘cancel’ pempengaruh tersebut atas sikapnya yang dianggap tidak menghormati orang lain.
Hasil carian mendapati akaun media sosial pempengaruh tersebut sudah dinyah hapus gara-gara kecaman yang diterimanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
