Tak Tahan Rakan Sebilik Merokok, Pelajar Ini Cipta ‘Alat Pernafasan Khas’

Trending

Tak Tahan Rakan Sebilik Merokok, Pelajar Ini Cipta ‘Alat Pernafasan Khas’

Kerana tidak tahan dengan amalan rakan sebiliknya merokok di dalam bilik, seorang pelajar di Nanning mencipta satu alat khas supaya paru-parunya sentiasa bebas dari asap rokok ketika rakannya sibuk berasap.

Advertisement

Alat yang dicipta olehnya itu sangat ringkas. Alat itu dilengkap dengan kotak; yang akan menutupi kepalanya; dan kotak itu bersambung dengan beberapa helai plastik sampah.

Udara pula akan disalurkan menerusi sebuah kipas elektrik kecil di atas tingkap.

Lebih bagus, pelajar berkenaan turut memuat naik skematik dan gambar-gambar alat itu jikalau ada sesiapa yang bernasib sepertinya dan tidak mahu menjadi mangsa ‘secondhand smoker’.

Bagaimanapun, pelajar itu mengaku alat yang diciptanya itu kurang berkesan terutamanya ketika musim sejuk. Ini kerana udara yang sejuk akan masuk ke dalam kotak itu sehingga kepalanya menjadi kebas.

Netizen di Weibo (Facebook versi China) kagum dengan ciptaan itu sekaligus mengkritik tindakan pelajar-pelajar yang menghisap rokok di dalam dorm.

“Merokok di dalam dorm sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kebakaran. Universiti sepatunya mengharamkan pelajar dari merokok di dalam dorm”, nasihat seorang netizen.

Seorang netizen pula berkata : “Pelajar sepatutnya merokok di luar dorm. Tolong respek pelajar lain yang tidak merokok.

“Hidup dengan pelajar yang merokok adalah satu azab. Ketika saya belajar di universiti dulu, saya pernah terbangun kerana terhidu bau asap rokok rakan sebilik saya. Semua baju, katil dan kain tuala saya bau rokok. Saya bersyukur zaman itu sudah lepas.”, kata seorang lagi netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...