“Tak Tahan Hidup Dalam Ketakutan” – Wanita Diganggu Bekas Pekerja Sejak Tahun Lepas, Dah Dua Kali Buat ‘Report’ Polis

Hiburan

“Tak Tahan Hidup Dalam Ketakutan” – Wanita Diganggu Bekas Pekerja Sejak Tahun Lepas, Dah Dua Kali Buat ‘Report’ Polis

Keberanian jurugambar Acacia Diana mendedahkan pengalaman hitam dalam hidupnya diekori seorang lelaki selama 8 tahun menjadi inspirasi wanita lain untuk turut melakukan perkara yang sama.

gangguan seksual
1 year ago

"Setiap Hari I S*ngap, I Nak Panc*t" - Wanita Dedah Diganggu Lelaki Obses Sejak 2016, Pernah Ditangkap Polis UK

Advertisement

Seorang usahawan, Afifah Roslan menggunakan Twitter untuk berkongsi pengalaman menakutkan dalam hidupnya apabila diganggu oleh bekas pekerja sejak tahun lalu.

I dah tak tahan hidup dalam keadaan tertekan, trauma dan ketakutan. Lebih setahun I kena ganggu dengan lelaki psiko.”

Kongsinya, lelaki itu mula mengganggu sejak Mac 2022 selepas sebulan berhenti kerja tanpa sebarang notis dan ketika itu dia marah kerana Afifah tidak mencarinya selepas tidak lagi bekerja.

amril

 

Cari semua media sosial

Meskipun Afifah tidak membalas dan melayaninya, lelaki itu tidak berputus asa dan tetap mencari serta menghendap dan mengganggu wanita berkenaan di semua platform media sosial.

Afifah juga turut menerima gangguan ketika dia berada di tanah suci sewaktu menunaikan umrah dan ketika itu dia bercakap dengan baik dan meminta agar lelaki tersebut berhenti mengganggu.

amril

Lelaki itu juga kerap kali membuat akaun baru di media sosial dan terus menerus mengganggu serta menghantar mesej yang bukan-bukan kepada Afifah.

 

Dah dua kali buat report

Minta tolong rakan bisnes untuk cakapkan, sekat nombor telefon, tidak membalas mesej dan gangguan, semua ini sudah dilakukan Afifah namun lelaki itu tetap tidak berhenti.

Pada 8 Ogos lalu, Afifah telah membuat laporan polis kali yang kedua dan katanya dia tetap mendapat jawapan yang sama daripada pihak polis.

(Polis suruh) Telefon nombor itu jika dia (lelaki tersebut) ada berdekatan. Cuba bagitau macam mana I nak hidup dengan tenang.”

Perkongsian penuh Afifah:

Pendedahan itu meraih perhatian ramai warganet yang menggesa agar pihak berkuasa mengambil isu dan kes sebegini dengan lebih serius kerana ia membabitkan keselamatan seseorang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...