January 13th, 2014

Kasihan sungguh Abang Nara melihat apa yang terjadi kepada Fasha Sandha. Memang kejam apa yang dilakukan oleh salah seorang pengikut akaun Instagramnya yang menggunakan nama “UngkuSabariah”. Tohmahan, cacian dan kutukan dilemparkan kepada ibu Fasha Sandha. Perbandingan antara ibu Fasha dan ibu mertuanya juga sering dilakukan. Kalau sekali dua mungkin boleh dimaafkan, tetapi kalau berpuluh-puluh kali, panas juga hati ini.

fasha sandha

Menerusi akaun Instagramnya, Fasha Sandha telah memohon “UngkuSabariah” untuk menghentikan perbuatannya. Malah Fasha turut berkongsi salah satu gambar keluarga “UngkuSabariah” ini. Tulis Fasha:-

Salam dear makcik @ungkusabariah Saya ingin memohon maaf, terhadap apa yg saya ingin katakan disini,sesungguhnya nama seindah makcik ‘ungku sabariah’ tidak seindah perilaku makcik.

Makcik juga seorang ibu dan seorang isteri, saya pasti suami dan anak2 makcik pasti malu dengan komen2 yang makcik berikan di laman instagram ibu mertua saya. Saya pasti anak2 makcik juga berpelajaran dan boleh berfikir bahawa sesungguhnya tidak elok untuk kita memperkatakan yang tak baik tentang orang lain atau dengan erti kata lain (batu api). Saya benar2 simpati dengan orang2 yang bersikap seperti makcik ini.

Memberi komen berunsur penghinaan terhadap ibu saya. Cuba makcik fikir, apa perasaan anak2 makcik dan apa yg anak2 makcik akan lakukan sekiranya makcik dihina? Kalau makcik ni peminat bekas menantu @rajanoora sekalipun, tak mengapa. Tetapi tidak perlu membandingkan, menghina atau menjadi batu api sehingga mewujudkan sengketa antara satu sama lain. Sesungguhnya orang2 seperti makcik ni harus cuci hati makcik agar bersih.

Saya tidak kisah jika mertua saya lebih baik dengan bekas besan atau bekas menantu beliau berbanding dengan saya..itu hak beliau. Hanya Allah Taala sahaja yang tahu. Tetapi kita sebagai hamba Allah tidak perlu mengotorkan hati dan minda dengan mengatakan yang tidak baik sehingga mengguriskan perasaan orang lain.

Beliau adalah ibu saya, ibu yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan saya. Saya dan ibu saya mempunyai keluarga yang besar di Perlis dan kami hidup dalam keadaan harmoni semenjak saya kecil walaupun dalam keadaan sederhana. Ibu saya yang membesarkan saya 4 adik beradik sendiri sejak saya kecil tanpa pertolongan daripada sesiapapun. Walaupun tanpa nafkah daripada seorang yang bergelar ayah ..kami tetap boleh membesar dan bersekolah.

Dear Makcik Ungku Sabariah, Setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangannya, tetapi saya tidak akan benarkan orang menghina keluarga saya. Cukuplah hinaan hanya diberikan kepada saya. Saya pasti mampu untuk menanggungnya. Bertaubatlah makcik, cuci hati makcik. Semoga makcik sedar, perbuatan makcik ini dilarang dalam agama kita. Makcik juga seorang ibu. Renung renungkanlah Salam JUMAAT buat semua.

fasha sandha

Menerusi perkongsian tersebut, para peminat Fasha Sandha telah menasihati “UngkuSabariah” di akaun Instagramnya lantas menyebabkan akaun tersebut ditutup. Tambah Fasha lagi:-

Mula2 makcik ungku Sabariah ada 43followers, lepastu makcik terus private akaun makcik. Now makcik ungku sabariah dah deleted her instagram account Mungkin sbb tak tahan kerana followers saya tegur dia. Makcik, Makcik tau siapa makcik, dan keluarga makcik juga tau siapa makcik. Sakit kan? Bila orang comment yg tak baik pasal kita? Begitulah perasaan keluarga saya. Kalau sekali dua tak mengapa makcik, terlalu banyak kali sangat makcik menghina, setiap orang ada tahap kesabarannya. Get well soon Makcik. Allah Maha Besar.

fasha sandha

Kalau Abang Nara jadi Fasha Sandha, memang sedih dibuatnya. Diharap dengan pendedahan ini, “UngkuSabariah” akan berhenti melakukan perbuatan ini. Fasha bahagia dengan kehidupannya sekarang. Buat apa sengaja nak timbulkan kebencian. Tak masuk akal sungguh.

fasha sandha

Bak kata Fasha Sandha, “Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.” Semoga perbuatan “UngkuSabariah” ini tidak diikuti oleh orang lain. Media sosial untuk kita bermesra, bukannya untuk kita mengadu domba. Kepada Fasha, bersabarlah. Inilah dugaan menjadi seorang selebriti.


Comments are closed.

Loading...