Tak Tahan Cara Hidup Gaya Orang Kaya, Seorang Wanita Bakar Beg Prada & LV Depan Suami

Trending

Tak Tahan Cara Hidup Gaya Orang Kaya, Seorang Wanita Bakar Beg Prada & LV Depan Suami

richdivorce1Seorang wanita bertindak membakar beg berjenama miliknya ketika dia sedang bergaduh dengan suami di hadapan rumah mereka dalam kejadian pada Isnin lalu.
Menurut Ifeng News, wanita muda itu, Xiao Tong, adalah seorang pelajar di Guangzhou yang mengahwini seorang lelaki kaya selepas setahun bertemu.

Hidup Xiao adalah hidup yang sering diimpikan oleh orang ramai; hotel lima bintang; sebuah rumah besar; kereta mewah dan beg berjenama. Namun kehidupan itu nampaknya menyebabkan dia tidak gembira.

Advertisement

richdivorce2

Menurut Shaghaiist, Xiao datang dari keluarga miskin dan tidak berupaya mengikuti cara dan kekangan hidup sebagai orang kaya setelah mendapati dirinya cuba mengikut ‘standard’ untuk menjadi menantu yang sempurna.

Terpegaruh selepas menonton satu filem online yang memaparkan kisah seorang gadis yang senasib dengannya, Xiao kemudian mengambil beg LV, Prada dan Hermes miliknya dan membakar kesemua beg itu di hadapan suami sebagai tanda meminta cerai.

richdivorce3

Di media sosial, orang ramai mengkritik ‘drama too good to be true‘ yang ‘dipersembahkan’ oleh dua watak itu.

Berdasarkan lakonan, saya cuma boleh bagi filem ini 0.1 bintang. Ia terlalu palsu“, tulis seorang netizen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.