“Tak Suka Unfollow” – Kena Kecam Sebab Menari Dengan Anak, Isteri Lan Solo Letih Dengan Sikap Netizen

Hiburan

“Tak Suka Unfollow” – Kena Kecam Sebab Menari Dengan Anak, Isteri Lan Solo Letih Dengan Sikap Netizen

Terdahulu, anak kepada Lan Solo, Nur Amna Qaleesya,12, dikecam netizen kerana dilihat lincah menari di aplikasi TikTok.

Susulan perkara berkenaan, isteri kepada penyanyi tersebut menyatakan bahawa dia berasa penat dengan sikap segelintir pihak yang tidak menghormati dia dan anaknya.

Advertisement

Menurut sumber, Sheila juga meminta warganet yang tidak suka dengan ‘content’ yang dimuat naik supaya tidak mengikuti akaun media sosial miliknya.

Sheila turut menyatakan bahawa video menari berikut hanyalah sekadar suka-suka dan sebagai cara meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Yang benci sila pergi…Yang nak gembira-gembira boleh di sini…Letihlah asyik benci sana sini…Tak suka unfollow…Enjoy-enjoy je pun.”

Walau bagaimanapun, akaun Instagram Sheila telah pun diletakkan dalam mod ‘private‘ bagi mengelakkan komen-komen negatif dari netizen.

Sekadar info, netizen sebelum ini mengkritik Lan Solo sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab kerana membiarkan anak perempuannya menari terkinja-kinja sebagai tontonan umum.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

4 bulan lalu

"Elok Sangat Lah Ajar Terkinja-Kinja" - Muat Naik Video Anak Lincah Menari, Netizen Tegur Lan Solo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : GEMPAK

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    September 10, 2022 at 12:19 am

    Biarlah dia. Dia suka n family pun happy. Lan sebagai parent bagus sebab sentiasa pastikan anak2 ceria dan gembira. Barulah keluarga harmoni. Kalau Ikut org semua xboleh. Hidup bosan. Tak ceria. Manusia ada pilihan asalkan menyalahi undang2 okaylah.

  2. Anonymous

    September 9, 2022 at 5:16 pm

    HALOHH..HALOHH.HALOHHHH…DH MMG KINJE2 ORG TEGUR LA CIK…ANK AWK POMPUAN.. HAHA SEBAIK AKU X FOLO

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...