Pelakon jelita dan sentiasa kelihatan muda, Datin Seri Maria Farida mengakui lebih memilih watak sejak mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu.
Maria juga berkata dia menerima banyak tawaran berlakon namun lebih memilih untuk terlibat dalam dua atau tiga tawaran sahaja yang melibatkan episod dalam setahun.
Dalam pada itu, Maria berkata dirinya tidak boleh berhenti berlakon kerana sudah sebati dan sangat mencintai bidang lakonan.
“Dalam setahun, saya hanya mahu dua atau tiga tawaran sahaja yang melibatkan episod, kalau nak berhenti sepenuhnya pun saya tak boleh. Saya dah lama berlakon dan cintakan bidang lakonan, suami pun faham mengenai perkara ini,”
Dia telah ditemui ketika majlis pelancaran produk kolagen Lucol-S di Cyberjaya, baru-baru ini.
Meskipun masih aktif berlakon, Datin Maria Farida masih mengutamakan masa untuk keluarga dan tidak perlu terkejar-kejar ketika di set penggambaran kerana jadual kerja sudah diaturkan dengan lancar oleh pihak produksi.
Sekadar info, Maria Farida dan suaminya, Datuk Seri Rahman Shakur telah mendirikan rumah tangga pada November 2015 yang lalu. Pelakon cantik ini turut memiliki seorang anak lelaki, Mizan Ashley,23, hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.
Sumber: Media Hiburan