Written by AbangNara | September 28th, 2018

Pasti ada diantara anda yang ada masalah anak-anak tidak suka makan sayur kan? Kadang kala ibu bapa perlu berhempas pulas untuk memastikan anak-anak mendapatkan makanan yang seimbang.

image

Bukan kanak-kanak sahaja, ada juga dikalangan orang dewasa yang susah untuk memasukkan sayur dalam diet seharian.

Semua pasti tahu sayur mengandungi vitamin dan mineral yang kita perlukan untuk kekal sihat. Sangat penting pengambilan sayur pelbagai warna dalam diet anda untuk mendapatkan manfaat kesihatan yang berbeza.

Dengan gaya hidup tidak aktif dan tekanan kerja seharian, jadi sepatutnya diseimbangkan dengan amalan memakan pelbagai jenis sayur supaya dapat meningkatkan sistem imun serta menjadikan anda lebih kuat dan sihat.

Untuk para ibu di luar sana jangan risau, ini tips dan cara-cara untuk menggalakkan anak-anak suka dan teruja untuk makan sayur-sayuran.

image

Dengan gaya hidup tidak aktif dan tekanan kerja seharian, jadi sepatutnya diseimbangkan dengan amalan memakan pelbagai jenis sayur supaya dapat meningkatkan sistem imun serta menjadikan anda lebih kuat dan sihat.

Untuk para ibu di luar sana jangan risau, ini tips dan cara-cara untuk menggalakkan anak-anak suka dan teruja untuk makan sayur-sayuran.

Sentiasa tunjuk contoh yang baik

509373446-612x612

Ibu bapa sentiasa menjadi cerminan untuk anak-anak, jadi anda perlu praktikan apa yang anda ajar kepada mereka dan tunjukkan bahawa anda juga suka makan sayur.

Jadikan makanan lebih menarik

image

Perlu lebih kreatif dengan mencipta seni makanan yang boleh memberi inspirasi kepada anak-anak menikmati sayuran dengan gembira. Anda juga boleh menceritakan kebaikan sayur itu dan bagaimana boleh membantu mereka menjadi lebih kuat contohnya, bercerita bagaimana sayur boleh menjadikan seseorang itu sebagai wira.
Jika anak-anak anda tidak mahu makan, jangan putus asa, teruskan mencuba!

Mulakan dengan bahagian kecil

image

Anda perlu mendidik anak-anak secara perlahan-lahan. Mulakan dengan menghidangkan sayur yang mereka tidak suka dalam bahagian yang kecil. Setelah mereka sudah mula terbiasa dengan sayuran, beransur-ansur tingkatkan jumlah dan saiz hidangan sehingga mereka menggemarinya dengan sendiri.

Hidangkan makanan pelbagai warna

image

Pelbagaikan hidangan sayur untuk anak anda. Kenalkan mereka dengan sayur-sayuran yang berbeza berwarna kerana ia mengandungi nutrien yang berbeza. Selain itu, warna-warna yang pelbagai itu dapat menarik perhatian si kecil untuk menikmati makanan mereka.

Jus sayur

image

Ini salah satu cara lain yang anda boleh cuba iaitu dengan mengisar sayur-sayuran dan menjadikannya sebagai jus. Selain itu, untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap, campurkan sayur-sayuran dan buah-buahan maka akan terhasil satu jus campuran yang menarik, sedap malah berkhasiat.

Berikan ganjaran

Waktu-yang-_Tepat-_Memberikan-_Kacang-pada-_Anak

Jika buah hati anda makan sayuran, puji dan tunjukan sikap positif. Anda juga boleh berikan anak-anak anda makanan ringan yang sihat kegemaran mereka sebagai ganjaran selepas mereka Berjaya makan sayur.

Makan sayur bukanlah satu masalah besar. Ia boleh menjadi mudah dengan Campur, Campur, Siap!

image

image

Cara masakan sayur-sayuran yang mudah dan ringkas ditambah dengan sedikit sumber protein seperti ayam dan telur malah pasti menjadikan menu anda lebih menarik dengan menggunakan AJI-NO-MOTO®.

Hidangan yang dihasilkan dengan teknik Campur, Campur, Siap! dan menggunanakan AJI-NO-MOTO® pasti lebih mantap dan akan digemari oleh semua termasuk anak-anak.

Selamat mencuba AJI-NO-MOTO® Campur, Campur, Siap! . Kami yakin ia adalah permulaan yang pasti membantu untuk menerapkan kebiasaan makan sayur di kalangan anak-anak.

2 responses to Tak Suka Makan Sayur? Mudah Sahaja Hanya Campur, Campur, Siap!

  1. Anonymous says:

    tolong la. ajinomoto ni bukan MSG ke?nak bg kat anak?sorry laaa

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Apa ni nara..aji no moto no to ank2 n kita sdri

    0

    0

Leave a Comment

Optional