Tak Suka Main “Fon”, Suka Habiskan Masa Dengan Awang – Nadia, Si Gadis Kerbau Pink

Trending

Tak Suka Main “Fon”, Suka Habiskan Masa Dengan Awang – Nadia, Si Gadis Kerbau Pink

Jarang kita mendengar kisah gadis zaman sekarang yang tidak gemar bermain dengan telefon sebaliknya memilih untuk meluangkan masa bersama haiwan. Apatah lagi jika haiwan tersebut ialah seekor kerbau. Kalau kucing itu masuk akallah lagi. Namun itulah yang diakui oleh Nadia Khairun Nisa Yusof, 17 tahun yang mengakui lebih banyak menghabiskan masa bersama kerbau peliharaan ayahnya yang bernama Awang sehingga diberi jolokan nama “Gadis Kerbau Pink”.

Advertisement

Persahabatan Nadia dan Awang bermula sejak 6 tahun lalu selepas ayahnya membeli kerbau balar berwarna merah jambu yang berumur 1 tahun ketika itu. Kini kerbau yang berusia 6 tahun itu memahami dan mengerti segala tindak tanduk dan gerak geri Nadia apabila mereka berdua bermain bersama-sama.

Kata Nadia:-

Awang ni memang rapat sungguh dengan saya sebab dah jadi rakan sepermainan kira-kira enam tahun lalu? dah jadi rutin setiap kali lepas balik sekolah pukul 3 petang, Awanglah yang saya akan tujui dulu di kandang. Saya beri dia makan, mandikan dia, bawa dia ke padang untuk meragut rumput dan berkubang sebelum balik ke rumah menjelang senja. Kalau tak jumpa Awang sehari saya rasa macam kehilangan sesuatu, tak senang duduk

Lebih menarik, Nadia mengakui tidak gemar bermain telefon seperti rakan sebayanya yang lain, sebaliknya rasa lapang dan gembira setiap kali dapat meluangkan masa bersama Awang. Memang sesuai sangat dengan cita-cita Nadia yang ingin menjadi seorang doktor haiwan apabila dewasa kelak.

Dok rajin (suka) pun main handfon, tapi guna bila perlu saja? sebab menghabiskan masa bersama Awang dan anaknya Putih. Ibu dan bapa pun lebih senang hati lihat saya menghabiskan masa di kandang berbanding melakukan perkara kurang berfaedah

 

Semoga cita-cita Nadia akan tercapai satu hari nanti. Sama-sama kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...