Tak Suka Berhutang, Masya Masyitah Beli Rumah Bayar Cash RM300,000 Pada Usia 19 Tahun

Hiburan

Tak Suka Berhutang, Masya Masyitah Beli Rumah Bayar Cash RM300,000 Pada Usia 19 Tahun

Mendedahkan bahawa rumah yang didiaminya kini  merupakan kediaman miliknya sendiri yang dibeli secara tunai tanpa menggunakan kemudahan pinjaman bank, penyanyi Masya masyitah akui segalanya diusahakan sendiri.

Tak Suka Berhutang, Masya Masyitah Beli Rumah Bayar Cash RM300,000 Pada Usia 19 Tahun

Advertisement

Menurut Masya, kediaman jenis kondominium berharga RM300,000 yang dibeli pada tahun lepas itu menggunakan wang simpanannya. Ia merupakan hasil kemenangan yang dimenanginya dalam mana-mana pertandingan nyanyian.

“Saya tak suka nak berhutang sebab nanti kena bayar ‘bunga’. Jadi saya pilih untuk beli secara tunai sahaja rumah tersebut. Itu merupakan duit yang saya kumpul sejak kecil lagi. Bila menang, dapat duit saya akan simpan di ASB (Amanah Saham Bumiputera). Jadi di situ dapatlah dividen setiap tahun.”

Ujar Masya, wang kemenangan kebiasaannya diperoleh sekitar RM5,000 bagi satu-satu pertandingan.

Tak Suka Berhutang, Masya Masyitah Beli Rumah Bayar Cash RM300,000 Pada Usia 19 Tahun

“Kalau program pertandingan nyanyian di televisyen, lagi tinggi jumlah yang dapat sehingga RM20,000.”

Juara program realiti, Ceria Popstar pada 2014, mendedahkan beliau kini telah berjaya memiliki rumah dan kenderaan sendiri hasil wang daripada penglibatannya dalam dunia nyanyian selama ini.

Tak Suka Berhutang, Masya Masyitah Beli Rumah Bayar Cash RM300,000 Pada Usia 19 Tahun

“Cuma, masa beli kereta, ibu saya nasihat untuk tidak bayar secara tunai. Kalau ikutkan saya menang nak bayar tunai sahaja. Katanya, bimbang kalau saya nanti mungkin nak tukar kereta kemudian hari.”

Sekadar informasi, Masya merupakan penyanyi muda yang popular menerusi lagu Halimunan. Sehingga kini, video muzik lagu terbabit telah mencapai 3.6 juta tontonan di laman YouTube.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...