“Tak Suka Am, Mula Usik Emosi” – ‘Influencer Fries’ Cari Individu Sebar Fitnah, Dakwa Media Dibayar Untuk Jatuhkan Reputasi

Kehidupan

“Tak Suka Am, Mula Usik Emosi” – ‘Influencer Fries’ Cari Individu Sebar Fitnah, Dakwa Media Dibayar Untuk Jatuhkan Reputasi

Pensohor dan influencer terkenal, Ammar Nazhan semalam menjadi fokus gara-gara didakwa telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga di sebuah kawasan perumahan mewah selain dikatakan membawa masuk lelaki dan perempuan bukan muhrim dan tinggal sekali di rumah.

Berikutan itu, Ammar kemudiannya tampil membuat kenyataan di mana dia akan mengambil tindakan undang-undang kerana dakwaan yang tular itu hanya fitnah dan tiada bukti kukuh.

Advertisement
Ammar NazhanSumber : Instagram  

Menurutnya lagi, info tersebut dibawa oleh orang luar dan bertujuan untuk menjatuhkan imej dia dan ‘team’ yang lain.

Assalamualaikum, saya tak teragak-agak untuk mencari dan saman mana-mana pihak yang menuduh kami tanpa bukti.

Info yang dibawa orang luar adalah salah dan menyebar berita palsu itu dikeluarkan untuk menjatuhkan imej kami.J ika berani, tolong jumpa dengan saya sebelum keluarkan statement yang tak betul.

Dalam pada itu, dia juga meminta peminat yang mengikutinya selama ini untuk tidak mempercayai bulat-bulat kenyataan yang tular itu kerana tipu dan palsu semata-mata.

Malah, Ammar juga mendakwa individu yang mengeluarkan dakwaan itu telah membayar media semata-mata untuk menjatuhkan serta ‘menjentik’ emosi dirinya.

Bayar media semata-mata nak usik emosi. Best kan dunia ni? Tak suka lepas tu mula la buat tuduhan.

Cari orang follower ramai sikit, bayar dan mewakili rakan untuk sebar berita palsu.Tak apa benda ni mudah saya akan ambil tindakan kalau tak berbukti.

Terdahulu, YouTuber yang sering membuat konten mengenai kisah percintaan bercampur lelaki dan wanita ini dikatakan telah bersekedudukan dengan beberapa orang wanita yang didakwa sebagai ‘talent’ bagi program Youtubenya itu.

InstagramSumber : Instagram  

Selain dikatakan juga tidak menjaga batas pergaulan, Ammar dan rakan-rakan dituduh tidak sensitif dan sering berbuat kecoh selain mengganggu privasi penduduk di kawasan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ammar nazhan
1 year ago

"Duduk Dengan Awek Serumah, Tak Bayar Hutang Orang, Biadap" - 'Youtuber' Popular Buat Konten Bersekedudukan Ganggu Privasi Jiran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...