“Tak Sopan, Sorry” – Berbaju Kurung Pegang Rokok, Netizen Dakwa Sakinah Rosakkan Imej ‘Gadis Melayu’

Hiburan

“Tak Sopan, Sorry” – Berbaju Kurung Pegang Rokok, Netizen Dakwa Sakinah Rosakkan Imej ‘Gadis Melayu’

Baru-baru ini, nama pelakon sensasi iaitu Sharifah Sakinah sekali lagi terpalit dengan kontroversi serta menarik perhatian orang ramai apabila memuat naik sebuah hantaran foto di laman Instagram miliknya.

Menerusia hantaran tersebut, Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired dilihat memakai baju kurung sulam berwarna putih bersama kain pelikat dan perhiasan selindang serta gelang kaki mutiara berwarna putih.

Advertisement

Namun, apa yang menjadi perhatian warga net ialah apabila pelakon berusia 33 tahun itu turut memegang sebatang rokok ketika menggayakan baju kurung tersebut.

Difahamkan gambar tersebut diambil ketika Sakinah menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya iaitu anak perempuan kepada pelakon, Sharifah Shahirah pada minggu lepas.

Bagaimanapun, perkongsian ibu kepada seorang anak perempuan itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menyamakan imej berkenaan dengan watak pelacur dan ibu ayam dalam filem Bollywood, Gangubai Kathiawadi.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pihak yang menegur tindakan Sakinah memegang rokok tidak sesuai dengan pemakaian baju kurung yang menandakan kehormatan wanita Melayu.

Malah, tindakan itu turut tidak sopan dipersembahkan sebagai seorang ibu kerana seakan-akan memberi tunjuk ajar dan tingkah laku yang salah kepada anak kecil.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sakinah
1 year ago

(VIDEO) "Standard Saiz Asia" - Sharifah Sakinah Buat 'Trend' Kepit Barang Bawah Payudara, Ramai Netizen Terhibur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...